Posts

Apam mentega

Image
Apam Mentega Citer pasal apam nie..... buat teman tetiba rasa ngidam jerr....  Nie antara kuih melayu yang mak dan nenek teman suka buat time teman kecil2 dulu.  Selagi tak abis, selagi tulah teman ngulang makan kuih apam nie.  Rasanya yang manis, rasa butter dan gula hangus, tekstur yang gebu.... memang amat menyelerakan.  So kalau ada teman emak dan nenek teman tak payah risau kuih nie tak habis.  Memang teman yang akan ngabiskan.  Ops! terima kasih kak Nor, gambar apam ini saya ambil dan kongsikan dengan anda semua dari laman blog kak Nor "secubit garam".  Anda semua boleh juga melayari laman blog kak Nor ini, kerana resepi-resepi beliau amat menarik sekali untuk anda semua mencubanya.  Terima kasih sekali lagi kak Nor. Apam Mentega Bahan-bahan: 1 cawan gula 1 cawan air 3 cawan tepung gandum 250 gm mentega 3 biji telur ayam 1 tin susu cair 1 cawan gula 2 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat 1 biji kelapa parut ...

Popia basah

Image
Sedapnya.... selain dari sedap ia juga merupakan makanan yang berkhasiat.  Sesuai sekali bagi yang jenis vegetarian atau sedang berdiet.  kandungan serat yang tinggi pasti membuatkan tubuh anda langsing (tapi kalau duk hentam makanan lainpun tak guna juga).  Popia paling sedap bagi saya ada terdapat di Pulau Pinang (yang mamak duk buat tepi jalan tu....).  Segala-galanya istimewa, rasanya yang seimbang memang memukau selera (buat pulak time tu mamak tu kenyit mata; makan tak ingat dunia...).  Untuk anda, istimewa untuk semua meh kita belajar cara membuat popia basah (supaya mata mamak tu tak sakit duk kenyit kat kita). Popia Basah    Bahan Kulit Popia: 600 gm tepung gandum 600 gm air 1 sudu kecil cuka 2 sudu kecil minyak jagung 1 1/2 sudu kecil garam Bahan Inti Popia: 300 gm sengkuang - diparut kasar memanjang 1 batang lobak merah - diparut kasar memanjang 5- gm udang kering - digoreng garing dan ditumbuk halus 100 gm udang segar - di...

Telur dadar sayuran

Orang kata kalau dah lapar, goreng telur pun sodap.....  Pak lang (AF9) tu pandai goreng telur tak????.  Ish! tetiba.... jerkan.  Lepas nie, sibuk nak ke dapur pun tak sempat, makan on the go ajelah.  Dah! dah! sebenarnya idea dah tepu sebab saya ada class kul 5.00 petang karang (hwem! ada lagi 28 minit to go....).  Kay... pada yang tak tahu nak masak apa cubalah resepi nie.... Telur Dadar Sayuran BAHAN-BAHAN: 3 biji telur ayam Kubis (hiris) Lobak merah (hiris) Daun bawang (hiris) 1 tangkai cili merah (hiris) Daun sup (hiris) Garam Lada sulah CARA MENYEDIAKAN: 1. Satukan kesemua bahan-bahan dan gaulkan sebati. 2. Panaskan minyak dan dadarkan adunan telur. Biarkan telur separuh masak. 4. Kemudian gulungkan telur itu. Angkat dan sejukkan dan potongkan mengikut kreativiti.

Masak Lemak Rebung dan perut

Ada sesapa yang suka makan perut?  Ganas tul soalan nie.  Minggu depan salah satu menu masakan yang para pelajar saya kena masak adalah menu yang berasaskan perut.  Bukan perut sesapa tapi perut yang adoooo.....  Ish! takyah duk membayang perut-perut yang seksi-meksi atau yang gedut terlebih sudah tu.  Nie perut lembu, tak kena cara prosesnya; habis hanyirlah satu kawah masakan.  Sayapun sebenarnya tak suka memasak makanan berasaskan perut nie, sebab tak tahan dengan bau dan terasa agak geli nak memotongnya.  Tapi bab makan, laju jerrrrr.......  Ok! apapun cubalah masakan nie, yang resepinya saya perolehi dari laman web sesapa ntah. MASAK LEMAK REBUNG BERSAMA PERUT Bahan-bahannya: 1      perdu  rebung segar (dicincang halus dan direbus) 1/2   kilo     perut lembu (dihiris nipis dan 3 inci panjang-direbus hingga masak) santan dari 1 biji kelapa asam keping garam secukupnya se...

Black Forest Cake

Image
  Ini adalah kek pertama yang dibuat oleh mama semasa saya kecil dulu.  Habil saya kerjakan.  Rasanya lazat, kerana ada kesinambungan rasa antara sponge cake dan dark pitted cherries; yang kemudiannya disaluti pula dgn cream yang sememangnya marvellous. Sponge cake- Bahan: 1     kg      Sponge  mix flour (boleh diperolehi di kedai2 pastry) 1     kg      Eggs 250 gm     Water 250 gm     Corn oil Cara membuatnya: Campurkan kesumua bahan kecuali corn oil ke dalam bekas pemutar dan putar adunan dengan kelajuan tinggi menggunakan whisk. Bila adunan mengembang 3 kali ganda, barulah dimasukkan dengan corn oil. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan pembakar, anggaran 1/2 bekas penuh. Bakar pada suhu 180 0 c selama 45 minit. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terus keluarkan kek dari acuannya. Biar seju...

Sambal Tumis Udang

Image
   Bahan: 1    Kg        Udang (sederhana besar) 5    Biji        Cili merah 2    Cm        Halia Cuka dan gula secukup rasa 1    Camt.     Tepung jagung 1    Tangkai   Daun sup 1    Tangkai   Daun bawang 2    Ulas        Bawang putih 2    Cawan    Sos tomato 1/2 Cawan   Air 1/4 Cawan    Minyak Masak Garam dan lada hitam 5    Cm        Belacan Sedikit air asam jawa Cara menyediakannya: Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan cili merah yang telah dikisar serta udang. Campurkan bahan perasa selebihnya. Masak di at...

Sago Mangga Bersantan

Image
Saya suka dessert melayu yang telah dimodenkan nie.  Sebabnya ia tak nampak seperti "makanan dulu-dulu".  Kelihatannya seperti sejenis dessert yang baru dicipta.  Padahal idea membuatnya berasaskan kuih sago sebenarnya.  Amacam? cam boleh layan tak? Seperti yang dapat dilihat, dilapisan bawah adalah sago yang telah dimasak dan diadunkan bersama sedikit pewarna hijau (atau kalau dah malas sesangat beli atau masak aje guna sago hijau) dan sedikit santan ( nie pun boleh ditukarkan dengan fresh milk) untuk menampakkan kelainan dan attraction untuk kita ngap dessert nie. sementara di atasnya pula adalah buah mangga (kalau dapat guna mangga harumanis lagi sodap) yang di kisar halus dan mangga yang dipotong dadu.  Supaya time kita makan tu, akan terasa kenikmatannya. Okay, tanpa mahu membuang masa (saya tengah bergelut menyiapkan study saya sebenarnya).  saya kongsikan bersama anda semua cara membuatnya. Bahan-bahannya - 3/4 cawan  sago (at...