Posts

Pekasam

Image
Bahan-Bahan: Ikan air tawar. Garam – Sekilo ikan seratus gram garam. Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai sederhana lumat. Asam keping  Cara Membuat: 1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman, 2. Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti. 3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping. 4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam. 5....

Gulai sotong

Image
Bahan-bahan 10 ekor sotong-bersihkan dan masukkan balik kepala dan toskan 5 biji bawang merah 4 biji bawang putih 1 inci halia 1 cawan santan pekat 3 sudu makan kari ikan 1 biji tomato 1/2 sudu kecil jus pekat asam jawa adabi garam, air dan minyak secukupnya Bahan tumis 1 batang kayu manis 2 biji bunga cengkih 2 biji bunga lawang 2 biji buah pelaga 2 tangkai daun kari 1/2 labu bawang besar di hiris 2 biji bawang merah di hiris 1 biji bawang putih di hiris 1 sudu teh halba campur Cara-caranya 1. Tumbuk/kisar  bawang putih, halia dan bawang merah. 2. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan, halba campur, bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati. 3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api. 4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam. 5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan dan guna api perlahan sambil di kacau ...

Ikan masak taucu

Image
Bahan bahan 2 keping isi ikan 2 sudu besar tauchu 1 biji bawang besar - hiris 2 ulas bawang putih - hiris  4 biji cili merah - hiris  1 inci halia - hiris 1 sudu kecil pes asam jawa 1 cawan air 3 tangkai cili padi  Garam dan gula secukup rasa Cara cara: Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi. Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.

Capati

Image
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung atta. 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan) 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. Air untuk membuat doh. Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas. 1 sudu teh gula 2 sudu besar mentega CARA-CARA MEMBUATNYA: 1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut. 2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin.  3. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola (sebesar telur gred A). Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan ulikan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. ...

Nasi Bubur Daging

Image
Nasi Bubur Daging   Bahan –             80         gm                    Beras (dibersihkan dan direndam selama 1 jam)             800       ml                     Air             1           tin                     Susu Sejat F&N             2           camb.            ...

Bubur pulut hitam

Image
Bahan-Bahan: 1 1/2 cawan pulut hitam 6 cawan air, untuk merebus pulut 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair) 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul 3/4 cawan gula putih 1/2 ketul gula melaka garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung Cara Penyediaan: Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tips : Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan m...

Masak lemak sayur manis labu

Image
  BAHAN-BAHAN: 500 ml santan cair 250 ml santan pekat 30 gm udang kering | dikisar 3 ulas bawang merah | dikisar 12 tangkai pucuk manis | ambil bahagian mudanya 1 batang serai | dititik 1 helai daun kunyit 1 biji bawang besar | dihiris 1 biji cili merah | dihiris 1 biji cili hijau | dihiris 1 biji tomato | dipotong empat Garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Didihkan santan bersama dengan serai dan bawang merah. 2. Setelah itu masukkan udang kering dan labu. Masak sehingga labu empuk. 3. Kemudian masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam. 4. Masukkan pucuk manis dan masukkan juga bawang besar, tomato, cili merah dan cili hijau. Masak sehingga sayur layu. 5. Sedia untuk dihidang.