Posts

Kuih Kelupis

Image
Kuih Kelupis bahan - 1 cawan beras pulut (direndam 3-4 jam dan toskan) 1 cawan santan pekat garam secukup rasa daun pisang secukupnya Cara memasak- 1.  Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam periuk, tanak separuh masak seperti       menanak beras pulut untuk ketupat. 2.  Sudukan ke dalam daun pisang.  Bungkus dan lipat seperti melipat kuih lepat.  Setelah cukup 3       kuih.  Satukan ketiga-tiga kuih ini dan ikat dengan tali rafia. 3.  Masukkan ke dalam periuyk pengukus dan kukus selama 1 jam. 4.  Makan bersama rendang ataupun kari ayam atau daging.

Bintanok Jagung

Image
  Resepi Bintanok Jagung - Bahan: 3 biji jagung gula secukup rasa kulit jagung (ambil bahagian yang lembut) Cara memasak- 1.  Parut jagung ambil isinya. 2.  Letakkan dalam periuk dan letak isi bersama gula dan air sedikit mengikut kesesuaian manisnya. 3.  Jagung tadi dimasukkan ke dalam kulit jagung dan kemudiannya kulit jagung tersebut dilipat kemas. 4.  Susun dalam pengukus dan kukus dalam 1/2 jam. Nampak macam sedap. Tapi memang sedappun.  Jagung mana ada yang tak sedap.  Sedap kuih nie ditambah dengan wangi aroma kulit jagung yang membaluti kuih.  nak mudah caranya sama macam membuat kuih lepat cuma dibalut dengan kulit jagung.

Barobbo

Image
Resepi Barobbo Bahan- 2 cawan beras 700gm daging ayam (potong kecil) 5 biji jagung (parut ambil isi) 3 batang kacang panjang (potong kecil) 1 mangkuk sayur cekur manis 3/4 cawan udang kering 800ml santan sederhana pekat 5cm halia (tumbuk) 1 camb lada putih serbuk 7 ulas bawang putih (tumbuk) 7 biji bawang merah (tumbuk) Garam dan perasa air secukupnya bawang goreng daun sup Cara memasak- 1.  Didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali sayuran, bahan perasa dan      santan. 2.  Bila beras bertukar menjadi bubur nasi, masukkan santan jagung, dan bahan      perasa. 3.  Biar sehingga kuah pekat baru masukkan sayuran, gaul sebati dan tutup api. Serius sedap.  Selain dari bubur lambuk dan bubur nasi chinese style; ini pilihan yang terbaik bagi anda yang sukakan variasi rasa dalam masakan bubur nasi.

Gulai Batang Pisang

Image
GULAI BATANG PISANG  ·           Gulai nie merupakan hidangan wajib tahu yang terkenal di Kedah.  Kalau orang yang tak biasa dengan masakan nie, first time jumpa mesti rasa, kreatifnya orang Kedah; batang pisang pun boleh jadi masakan.  Bahagian batang yang diambil adalah bahagian umbut dan rias sahaja, tidaklah keseluruhan batang pisang tu ditarahnya jadi gulai. ·           Ia lebih sedap jika menggunakan daging bertulang lembu atau kambing. 1kg daging lembu 1 pokok umbut pisang asam jawa garam 1 cawan serbuk kari daging 1 cawan kerisik 2 tangkai daun kari air santan dari sebiji kelapa – asing bahagian santan pekat dan santan cair minyak untuk menumis. Bahan tumis 2 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 ulas bawang merah dimayang 4 ulas bawang putih dimayang 1 inci halia potong halus Cara Penyediaan ...
Image
LAKSA KEDAH     Laksa Kedah mempunyai beberapa ciri tertentu yang membezakannya dengan laksa yang terdapat di seluruh Malaysia.    Daripada segi kuah, laksa Kedah mempunyai kuah yang pekat dan likat dan warnanya agak pucat, sedikit kekelabuan.   Laksa Kedah tidak menggunakan cili kering tetapi menggunakan cili padi.   Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri.   Laksa, bila disebut laksa yang tinggal di sebelah utara mesti terbayangkan laksa Teluk Kechai ataupun laksa Perlis.  Yang duk kat Johor terkenangkan laksa Johornya, yang duk kat tengah-tengah nie, asam laksa oklah kut.  Nie hari nie nak citer sikit tentang Asam Laksa. Asam laksa is a famous local delicacy in Penang.  So sometimes it also may known as Penang Laksa, as it is considered as an indigenous food of Penang.  It commonly found at Penang hawker centers or coffee sh...

Sambal tumis petai

Image
Nie kalau pekena dengan nasi panas-panas, dapat pula udang yang fresh; memang bertambah-tambah nasi dibuatnya.   Bahan bahan: Udang (sederhana besar) 1 biji bawang besar 3 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai 1 sudu besar gula Garam Air asam jawa Petai secukupnya Cara cara: Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam. Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Cheese

Image
Cheese.... Cis! ejaaan dan maksud yang berbeza walau bunyi sebutannya sama.  Orang kata kalau Melayu, cheesenya diperbuat dari udang geragau dan lebih familier gitu dengan panggilan manja belacan.  Cheese mat saleh pula diperbuat daripada fermentation susu bersama beberapa campuran.  Secara dasarnya cheese ini diperbuat daripada susu lembu.  Tetapi dewasa ini berbagai inovasi telah dilakukan untuk memperbagaikan hasil cheese, makanya ada cheese yang diperbuat daripada susu kambing dan susu unta.  Bahasa lain untuk cheese adalah keju, jangan buat tak tahu pula. Foto dibawah saya ambil dari sumber lain.  Moga berguna untuk perkongsian ilmu masakan bersama. Keju boleh dibuat dengan menggunakan bahan dan peralatan yang tersedia di dapur. "Keju yoghurt" adalah jenis keju asas. Walaupun bukanl jenis keju tradisional tanpa bahan tambahan, rasanya sangat mirip dengan krim keju atau neufchatel . Susu dan cuka akan membuat keju mirip seperti keju rico...