Gulai Ketam Nenas

Hellowww.....lama betul tak berceloteh kat sini. Topik cerita saya hari nie berkatain dengan ketam.   Sapa suka gulai ketam?  sapa tak suka gulai ketam?   Sila angkat punggung.... Hem... walau tak nampak tapi saya dah boleh agak.  Mesti ramai yang suk makan ketam kan?.

Masakan nie, semacam suatu nostalgia buat saya.  Bila saya teringin nak makan gulai ketam, kenangan atau ingatan saya akan mengimbau kepada mama, papa, nenek di kampung (sebelah papa) dan arwah tok (sebelah mama).  Sebab apa? Sebab masakan ini bila dimasak oleh insan2 yang tersebut di atas.  Hem.... memang sangat sedapppp.....

Bila dah agak berumur (baru sedar diri) saya mencuba mencabar diri saya untuk cuba menghasilkan gulai ketam seperti mana yang mama, papa, nenek dan arwah tok masak.  Bermulalah cabaran dengan suatu petang yang indah permai saya ke pasar malam di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Wo..wo... nasib saya tak tamak.  Usaha saya bukan dihari yang sepatutnya.  Ha..ha... ketam tengah mahallah pulak time nie.  Nasib baik saya ambik 4 ekor aje (tu pun kena dekat RM30.00).  Bersama check list, saya mencari satu persatu barangan yang diperlukan untuk masakan ini.                                                                    

Resepi yang saya gunakan (saya perolehi daripada laman2 blog masakan).:                   
5 ekor ketam (bersih dan  toskan)                    
1  biji nenas   (kupas, bersihkan, dan dicelur sekejap)           
2 cawan santan cair                                      
1  cawan santan pekat                                    
1 paket serbuk kari (saya guna rempah ketam/udang)
Cili kisar (ikut kepedasan yang diingini)
        Asam gelugur secukupnya
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
sedikit halba campur

Cara menyediakkannya:
1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari, halia dan halba sehingga
     naik bau.
2.  Masukkan serbuk kari dan cili giling yang dibancuh dengan sedikit air.
3.  Masak dengan api sederhana, kacau selalu sehingga pecah minyak.
4.  Masukkan ketam, santan cair dan asam gelugur.
5. Masak sehingga mendidih.
6.  Masukkan nanas dan santan pekat, garam dan gula.
7.  Biar mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Pisang yang gambarnya tertera, bukanlah bahan dalam masakan.  Pisang tu buat selingan saya, yang dah terasa lapar, makan pisang untuk alas perut gitu.  Oh! selesai masak. Saya pun mencuba masakan saya ini.  Hu..hu... rasa nak nangis, nostalgik sangat.  Tapi apapun rasanya masakan mereka lebih sedap.  Untuk tak menghampakan hati, saya tetap kirimkan sedikit gulai ketam ini ke kampung untuk dirasa oleh mama dan papa saya.  Dan kata papa, "hem! kurang pekat rempahnya....".  dah agak dah.....  Untuk anda selamat mencuba.
                             


Comments

Unknown said…
ayakkk sedap juga tgk... dah laa xmakan lg nie... errrr
liza said…
Melia: Gulai ketam memang sedapp. Samalah, nie pun xmakan lagi. Ada gulai nie, mau bertambah2 nasi kat pinggan
NOR AZLIN FARHANA BINTI AZNAN (2019409082)
Gulai Ketam Nenas yang dapat saya ketahui daripada ibu saya bahan-bahan yang diperlukan ialah 2 ulas bawang merah ditumbuk, 2 ulas bawang putih ditumbuk, 2 sudu rempah kari, air, 5 ekor ketam, 2 cawan santan cair, 1 cawan santan pekat, nenas. Cara membuatnya ialah masukkan bahan tumbuk (bawang merah dan bawang putih), nenas, ketam dan santan cair dengan mengunakan api perlahan sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan santan pekat, gula dan garam kemudian kacau rata. Tips yang dapat dilakukan dengan mengunakan api perlahan untuk mengelakkan pecah minyak dan gula digunakan bagi menyedapkan rasa kuah.

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-