Bihun goreng

Bihun Goreng

Bahan:
1 pkt bihun (direndam)
1 batang lobak merah (dihiris halus)
1 ikat sawi (dibersihkan)
200gm daging cincang
2 kg udang (dibersihkan)
3 biji telur
Bawang goreng secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Cili kisar secukupnya

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 cwn. udang kering (dicuci bersih)
1 camt. serbuk lada putih
20gm daun sup
20gm daun bawang
cili merah
100gm taugeh, kucai, daun sup dan daun bawang

Cara memasaknya:
1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak, kemudian masukkan bahan perasa secukupnya.
3.  Masukkan bihun yang telah disejat terlebih dahulu.
4.  Gaul sebati bihun bersama bahan tumisan, kumudian masukkan sayuran dan bahan selebihnya.
5.  Masak sehingga bihun lembut dan airnya sedikit sejat.
6.  Angkat dan hidang bersama daun bawang, bawang goreng, daun sup dan cili merah.

Comments

Siti fatimah (2019274368) said…
Resepi bihun goreng

Bahan :

Bihun *rendam dlm air smp lembut
Telur *2biji
Bawang merah/putih/cili api (tumbuk)
Maggi cukup rasa
Sos tiram
Kicap manis
Cili kisar
Daun bawang
Cili potong
Bawang goreng
Minyak masak
Gula sikit

Caranya :

1) Panaskan minyak masukkan bahan tumbuk tadi , kacau kan pastu masukkan kicap , sos tiram dan cili kisar. Kacau lg masukkn gula dan maggi cukup rasa.

2) Masukkan bihun td , slowkan api sikit masukkan sikit air kacau seketika dan biar smp bihun lembut .

3) Pecahkan telur kacau² kan tepi bihun tu ala² scramblee egg , dh agak masak kacaukan dgn bihun td .

4) Dah lembut dh siap ! Blh laa cantekn dengan bwg goreng , daun bwg n cili api potong . Terima kasih

(2019274368)
Shatheblogger said…
RESEPI SAYA UNTUK BIHUN GORENG IALAH:(2019224166)

BAHAN-BAHAN:
-1 Bungkus bihun-direndam hingga lembut dan ditoskan
-1 biji bawang besar(dihiris)
-1 mangkuk sotong atau udang
-1 mangkuk carrot (dihiris panjang)
-1 mangkuk kubis
-3 sudu besar cili kisar
-3 sudu besar sos tiram
-3 sudu besar kicap lemak manis
-garam
-gula
-serbuk perasa
-minyak masak

BAHAN TUMBUK:
-3 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-1/2 genggam ikan bilis-direndam

CARA-CARANYA:

1)Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau.

2)Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau.Masukkan cili kisar
dan kacau rata.Kecilkan api dan masak sehingga cili benar-benar masak dan
garing

3)Setelah cili garing,masukkan sedikit air,sos tiram,kicap,gula dan garam
secukupnya.Masak sehingga sambal terbit minyak

4)Setelah terbit minyak,masukkan carrot dan sedikit air lagi untuk
melembutkan carrot.Setelah itu,masukkan sotong dan kacau rata seketika
sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak.

5)Kemudian masukkan bihun.Kacau rata sehingga bihun lembut.Jika bihun belum
lembut masukkan sedikit air.

6)Masukkan sayur kubis.Setelah sayur lembut,tutup api dan taburkan bahan
hiasan sebelum dihidangkan.

NUR ADRIANA SHAHIRAH BINTI ANUAR(2019224166)
Unknown said…
NUR LIYANA BINTI ABD RAZAK
(2019842608)
Cara saya memasak bihun goreng ialah dengan menggoreng ayam terlebih dahulu,kemudian,menumis bahan kisar sehingga Naik bau,kemudian masukkan bihun Dan ayam,kacau sehingga rata Dan masukkan sayur Dan bahan penambah..kacau sehingga rata.
- Satu bungkus bihun
- 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
- Setengah gengam udang kering ( direndam)
- Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
- Air secukupnya untuk rendam bihun.
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap
- Garam dan gula.
- Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.

Bahan-bahan Hiasan
1. satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
2. satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
3. bawang goreng atau daun sup

Cara Masak Bihun Goreng Sedap:

1. Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.

2. tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.

3. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau. Gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.

4. Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.

5. Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.

6. Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.

7. Masukkan sedikit air.

8. Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.

9. Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.

10. Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.

11. Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.

12. Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.

13. Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.

Terima Kasih (2019467738)
Resepi bihun goreng:

Terima kasih (2019467738)

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-