Nasi Dagang


Resepi Nasi Dagang Terengganu:
Bahan-bahan untuk Nasi: -


NASI DAGANG TERENGGANU

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan penuh beras wangi* (Beras nasi dagang) 
1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam)
2 cawan santan segar
1 cawan santan cair
1/2 camca teh gula
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
6 biji bawang merah, hiris halus
2 inci halia, mayang halus
1 camca the halba


Atau
4 cawan beras biasa * – beras Jati)
1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. Cuci dan rendam semalaman atau 8 jam)
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 ½ cawan santan pekat + sedikit garam
2 sudu halba
6 ulas bawang merah
2 inci halia


CARA MEMBUATNYA-
1.  Panaskan kukusan.
2. Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus,letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit.  Nasi dikukus dengan santan cair hingga masak.
3. Sementara itu, masukkan garam secukup rasa dan gula ke dalam santan, kacau hingga rata.
4.  Angkat beras dari kukus dan alihkan ke dalam mangkuk besar.
5.  Tuang 1/2 bancuhan santan dan gaul rata, tambah hirisan bawang merah, halia dan halba. Gaul lagi dan biar sekejap hingga santan meresap.
6.  Masukkan kembali ke dalam kukus dan kukus 20 minit.
7. Kemudian tuang kembali nasi ke dalam mangkuk dan curahkan baki santan tadi. Gaul rata dan biar sekejap hingga santan meresap. Kukus lagi kurang lebih 20 minit. Gemburkan nasi dan kukus sekejap lagi hingga nasi betul2 masak..Boleh matikan api dan boleh hidangkan dengan gulai ikan tongkol, acar mentah dan telur rebus..

Nota-

Nasi dagang merupakan satu hidangan tempatan yang terkenal di sekitar pantai timur semenanjung Malaysia (Trengganu, kelantan, Kedah, Pahang dan Johor).  Ia juga boleh ditemui di selatan Thailand (Pattani, Yala dan Narathiwat) serta di kepulauan Riau (Tanjung Pinang, Natuna dan Anambas di Indonesia).  Ia dikenali sebagai nasi dagang kerana hidangan ini tidak memerlukan lauk yang pelbagai untuk melengkapkannya seperti makanan untuk pedagang, mudah dan ringkas.  Ia selalunya dihidangkan sebagai juadah hidangan pagi dan secara tradisinya nasi dibungkus menggunakan daun pisang yang dibentuk seperti kon dan diikat dengan lidi.

Perbezaan nasi dagang mengikut tempat, nasi dagang Kelantan biasanya berwarna perang kerana menggunakan beras dagang dan dihidangkan dengan telur rebus, hirisan timun dan sambal kelapa.  Nasi dagang Trengganu; biasanya dihidangkan bersama Kuah nasi dagang, ikan aya hitam (ikan tongkol) dan acar timun. Di negeri lain di Malaysia terdapat juga nasi dagang yang dihidangkan dengan menggunakan kuah laksa. Nasi dagang di kepulauan Riau dicampur dengan santan sebelum dikukus, disajikan dengan ikan tongkol, ikan bilis, ikan tamban, telur ayam, sambal dan dibungkus dengan daun pisang.

1.  Kalau guna beras wangi boleh kurangkan nisbah pulut tu sebab beras wangi lagi berkanji. Guna beras biasa nisbah 3:1. Nasi dagang masak pagi tahan sampai malam walau arong santan terakhir tu dah tak kukus lagi tp wajib guna santan perah air masak. Lebihkan bawang merah dan halia untuk rasa yang sedap. 

A  Ada beras khas untuk memasak nasi dagang yang dijual dipasaran.  Selain dari itu penggunaan beras wangi Thai juga boleh menghasilkan nasi dagang yang sedap kerana struktur beras in yang agak kenyal dan lembut.  Penggunaan beras wangi Thai tidak memerlukan tambahan beras pulut sebagaimana jika kita memasak nasi dagang menggunakan beras biasa.  Penggunaan beras pulut sebagai tambahan dalam beras biasa adalah untuk menjadikan nasi dagang tekturnya kenyal dan melekat-lekat.  Selain itu ada juga yang menggunakan beras basmathi serta campuran beras pulut bagi menghasilkan nasi dagang. Jika tiada santan cair, nasi boleh dikukus seperti biasa dan ditambahkan dengan santan pekat diakhir proses memasak.  masa mengukus nasi, buatkan lubang diantara beras supaya wap air boleh naik ke atas, boleh sama ada dibuat lubang besar ditengah-tengah atau dibuat lubang-lubang kecil yang banyak.  Setelah siap mengukus nasi, simpan nasi dalam bekas alumininium bagi melambatkan nasi menjadi basi.

GULAI IKAN TONGKOL...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tongkol @ ikan aye (saiz sederhana besar, rebus bersama beberapa asam keping dan juga garam, jangan buang air rebusan)
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, hiris*
1/2 inci lengkuas, hiris*
3 keping asam gelugor*
1 camca teh garam*
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh jintan manis
3 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar penuh rempah masak cap rose* (1 paket kecil @ 15gm, nak sedap boleh lebihkan.  Kalau taka da guna rempah kari ikan)
10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 biji bawang besar, belah 6
1 camca besar gula melaka
1 ½ liter pati santan
Air rebusan ikan secukupnya
Garam secukup rasa
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan putih
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
10 biji cili padi

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
1.  Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebus selama 1 jam, tambah air panas jika perlu. Kemudian matikan api. Asingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan.
2.  Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan2 kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu.
4.  Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing,
5. Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
6.  Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih.
7. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat.
8. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cilipadi belah.
9.  Kacau perlahan dan masak sekejap, matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi dagang...


Nota –
1.      Rebus dalam periuk tekanan selama 1 jam dan ikan tadi jadi lembut seperti ikan sardine. Boleh tambah belimbing buluh dalam gulai.  Di Trengganu ikan yang digunakan selalunya adalah ikan tongkol hitam, sementara di Kelantan, ikan yang digunakan adalah ikan tongkol kelabu yang mempunyai isi hitam.  Gulai nasi dagang lebih sedap jika disediakan lebih awal sehari sebelum hari memasak nasi dagang sebab bila dibiar lama dan dipanaskan semula, gulainya nanti akan jadi lebih sedap, wangi dan naik minyaknya.


ACAR MENTAH...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun
1 batang lobak merah saiz besar
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
6 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
1.      Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam.
2.       Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
3.      Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
5.      Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut.
6.      Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan. 

Ti  Tip bagi menjadikan nasi dagang lebih sedap-
    1. Untuk arung santan kali kedua, panaskan santan sekejap bersama bawang, halba, halia, gula dan garam.  Ini bertujuan untuk elakkan nasi cepat basi.
    2. Semasa proses arung kali kedua, masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau nasi dengan berhati-hati bagi mengelakkan nasi pecah butirannya.
     3.  Selepas proses arung kali kedua, tekan atau mampatkan nasi, dan lapiskan dengan daun pisang diatas permukaan nasi. Biarkan setengah jam atas pengukus.
      4. Jangan menggunakan santan kotak bagi menghaasilkan rasa nasi dagang yang sedap.
      5. Gulai trengganu versi orang dulu tidak meletakkan minyak ketika menumis bahan.  Minyak akan terhasil dari proses renehan.  Guna api kecil ketika memasak untuk versi ini.

    Rujukan-  
    1. https://resepichenom.com/resepi/nasi-dagang-dan-acar-timun/show  
    2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Nasi_dagang
2  3. https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/264
ht 4. https://www.aziekitchen.com/2014/04/nasi-dagang-terengganu-lagi.html
ht 5. https://my.theasianparent.com/nasi-dagang-terengganu-sedap

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-