Posts

Showing posts from April, 2020

Kerabu mangga bunga kantan

Image
Kerabu Mangga bunga kantan- Bahan- 3 biji buah mangga muda 1 batang bunga kantan 10 biji cili padi garam dan gula secukupnya 3 camb kerisik serbuk asam boi secukupnya Cara memasak- Cuci bersih mangga, dan bunga kantan.  Hiris halus buah mangga, bunga kantan dan cili padi.  Satukan dalam 1 bekas.  Campurkan gula, garam, kerisik dan asam boi, sebatikan dan perasakan.  Jika pedas boleh ditambah serbuk asam boi atau gula lagi.  Siap.

Ikan rebus Kelantan

Image
Ikan rebus Kelantan /Thailand Masakan ini mirip seperti masakan ikan lengat dikebanyakkan negeri yang terdapat di Malaysia.  Cuma bezanya berdasarkan bahan-bahan yang digunapakai untuk memasaknya.  Bahan-bahan yang digunapakai dalam masakan ini menyebabkan dari proses penyediaannya sahaja boleh membuatkan kita teruja untuk menikmatinya.  Ini kerana ketika merebus ikan ini bau bahan-bahan yang digunapakai sangat mengamit deria lapar, wangi dari daun limau purut dan gula kabung mengapung sudut dapur.  Istimewanya lagi setelah siap direbus, ikan ini boleh dimakan begitu saja sebagai lauk pelengkap nasi, ataupun boleh digoreng terlebih dahulu.  Manakala ikan rebusan yang lain, yang masih tersisa boleh disimpan dalam peti sejuk untuk digunapakai pada hari-hari seterusnya. Bahan- 15 ekor ikan kembung (atau sebarang jenis ikan yang tidak bersisik) 2 ketul gula melaka 6 batang serai 1-2 camb garam secukupnya 6 ulas bawang putih segengga...

Peknga kelapa

Image
  Peknga- Tepung gandum sedikit garam air secukupnya kelapa muda yang dihiris halus ataupun kelapa parut (bahagian putih sahaja) gula secukupnya Cara memasaknya- Campurkan tepung, garam, gula, kelapa dan air secukupnya.  Adunan jangan jadikan terlalu cair.  Sebatikan adunan.  Rehatkan 20 minit.  Panaskan non stick pan dengan api yang sederhana, sendukkan adunan dan ratakan ke dalam non stick pan tersebut, pastikan non stick pan diletak sedikit minyak masak ya.  Masak dalam anggaran 5 minit terbalikkan dan masak bahagian yang 1 lagi pula.  Pastikan kedua-dua permukaan peknga ini berwarna kecoklatan atau keperangan.

Bendi goreng biji sawi

Image
Bendi goreng biji sawi- Bahan- 10 batang bendi 2 ulas bawang merah 1 biji telur 1 biji cili merah 1 ulas bawang putih garam secukupnya sedikit biji sawi Cara memasak- Cuci bersih sayur bendi, potong menyerong, dan ketepikan.  Bawang merah, cili merah dan bawang putih dimayang halus.  Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur, jadikan telur hancur.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili, goreng sehingga separa masak, masukkan bendi kacau sebati.  Masak sehingga bendi kelihatan layu sedikit, masukkan bahan perasa dan garam serta biji sawi.  Masak lagi dalam 5 minit dan tutup api.

Telur mata goreng cili padi

Image
Telur mata goreng cili padi- Bahan- Beberapa biji telur 6 biji cili padi 1 biji bawang merah Sedikit lada hitam, bahan perasa, dan garam Cara memasak- Goreng telur mata separuh masak, ketepikan.  Bawang dan cili padi ditumbuk kasar.  Panaskan minyak sedikit dengan api yang sederhana.  Tumis bawang sehingga naik bau.  Masukkan bahan tambahan jika suka seperti ubi kentang, lobak merah dan kacang panjang.  Masak sehingga sayuran yang dimasukkan masak sehingga sempurna.  Masukkan telur, dan sebatikan dengan bahan-bahan lain.  Siap.

Kuih Gegetas

Image
Kuih Gegetas Ada tempat memanggil kuih ini sebagai kuih lidah, kuih gergad, kuih kertas.  Merupakan sejenis kuih tradisional yang semakin dilupakan.  Rasanya sebelum disira dengan gula, hampir sama dengan rasa kuih dangai, dan saya menyukai rasanya.  Teksturnya liat, manis dan rasa yang kaya dengan haruman kelapa.   Kuih ini dipercayai berasal dari kuih masyarakat Banjar dan mereka selalu membuatnya ketika bulan puasa. Di Sulawesi, Indonesia kuih ini dikenali dengan nama Sawalla atau Lasowalla.  Di negeri Kelantan ia dikenali dengan nama kuih badak, tapi dengan bentuk yang berbeza.  Saya sukakan rasa kuih ini tapi sebelum ia disira gula, bila disira gula.  Rasa manisnya menghilangkan rasa dan aroma kuih ini.  Si kecil saya yang agak cerewet makan pun sukakan kuih ini, dalam versi tidak disira gula. Bahan- 2 cawan tepung pulut 1 cawan tepung gandum 1/2 biji kelapa parut putih 1 camt. garam 1 cawan air Untuk sira gula- 1/2 ...

Kacang pool

Image
Kacang Pool Bahan untuk dimesin halus- 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 300gm daging lembu (cincang halus) 2 camb. rempah kari daging 1 tin kacang pool 1 tin red beans 1 camt lada hitam (tumbuk halus) 1 tin baked beans 1 camb. serbuk ketumbar 2 camb. minyak sapi gula dan garam secukupnya air secukupnya minyak untuk menumis Bahan lain- Limau kasturi (dipotong 2) Bawang holland (dipotong dadu kecil) Cili hijau (dipotong nipis) Roti (sebarang jenis) Tomato (didadu kecil) Minyak sapi dipanaskan hingga cair Cara memasak- Cuci bersih daging cincang dan kemudian toskan.  Ramaskan kacang pool hingga pecah sedikit.  Satukan serbuk ketumbar,rempah kari dan air sehingga menjadi pes. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan pes rempah sebatikan.  Gunakan api kecil ketika memasak, kacau sehingga naik minyak, kemudian masukkan daging cincang.  Masak lagi selama lebih kurang 10 mi...

Muar Chee

Image
Muar Chee Atau lebih dikenali dengan Muah Chee amat diminati oleh kaum cina.  Boleh diperolehi di pasar-pasar awam yang ada gerai makan cina atau dimana-mana saja gerai cina.  Mungkin mudah diperolehi sebab cara pembuatannya yang sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat sikit dan ringkas. Bahan: 200gm tepung pulut 225gm air 1camb. minyak masak (atau boleh guna minyak gorengan bawang untuk mendapatkan bau yang wangi) 1 camb. gula 1 camb tepung jagung sedikit garam Hiasan- Kacang tumbuk dan gula seccukupnya Cara memasaknya- Campurkan sahaja semua bahan.  Sebatikan dan kemudian kukus dengan api kuat selama 15 minit.  Sejukkan sebentar dan kemudian potong-potongkan (nak mudah gunakan sudu) dan digaulkan dengan kacang tumbuk dan gula.  Untuk me mastikan masakan ini sedap, pastikan kacang tumbuk tidak berbau tengit (selalu kalau beli siap, kadang-kadang akan ada bau tengit ini pada kacang tanah).  Nak sedap lagi bole...