Sup Ayam
BAHAN-BAHAN:
200 gm pes sup pekat Adabi
2 paket sup bunjut Adabi
1 ekor ayam kampung
Bawang goreng
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
Setangkai daun bawang
Setangkai daun sup
450 gm kentang (rebus)
2 1/2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ayam dan potong kepada beberapa
bahagian dan rebus sehingga empuk bersama pes sup pekat dan sup bunjut.
2. Setelah ayam empuk tuangkan bahan kisar,
taburkan bawang putih.
Comments
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu sos tiram
Air
Gula dan garam
Cara memasak :
1. Tumbuk sehingga lumat bawang besar , halia dan bawang putih .
2 . Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing dan naik bau .
3 . Masukkan kan sos tiram .
4 . Masukkan air dan ayam yang telah dibasuh .
5 . Perasa kan dengan garam dan gula secukup rasa .
6 . Biarkan sehingga mendidih dan ayam masak
BAHAN-BAHAN
1 kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris halus)
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
900ml air
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar,halia,serai dan sup bunjut sehingga naik bau.
5.Masukkan air,ayam dan kiub pati ayam.Masak sehingga mendidih.
6.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
7.Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.
(2019274368)