sembangorgdapur.blogsport.com:
Laman ini merupakan salah satu cara bagi saya untuk berkongsi ilmu masakan bersama anda semua. Setiap resepi yang disertakan telah diuji dan diolah semula oleh saya. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Contoh hidangan lengkap Nasi lemak
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan dunia masakan especially catering. Mungkin cara hindangan ini dapat membantu anda.
Nur Anis Atirah , 2019200202, PHM1122D1 Guna cawan yang sama untuk sukatan nasi, air dan santan. Beras perlu dicuci dengan bersih sebelum dimasukkan dalam periuk. Kemudian, garam, santan dan daun pandan dimasukkan. Hirisan bawang putih, bawang merah dan halia juga boleh digunakan(jika mahu). Nasi dimasak seperti biasa. Sambal:Kisar bawang merah dan bawang putih, ketepikan. Kemudian, kisar ikan bilis kemudian kisar cili kering yang sudah direbus dan diketepikan. Panaskan kuali dan tuang minyak secukupnya. Tumis campuran bawang kisar dgn api sederhana hingga pecah minyak dan betul betul masak. Tambah kisaran ikan bilis dan biar sekejap sebelum dimasukkan kisaran cili kering. Masak dengan api kecil selama 40 minit, masukkan gula melaka, pes asam jawa dan renehkannya lagi. Tambahkan sedikit air jika sambak dilihat terlalu pekat.Akhirnya boleh masukkan garam dan serbuk perencah serta sesuaikan rasa ikut selera.
Resepi Sup Ham Choi versi Sabah Bahan-bahan: 1. Kepala ikan(apa-apa jenis ikan) 2. Tomato( potong dadu) 3. Tauhu kering(hiris) 4. Tauhu( potong dadu) 5. Halia(hiris) 6. 1 mangkuk air 7. Ajinamoto dan garam(secukup rasa) Cara masak: 1. Masukkan bahan-bahan 1 hingga 5 ke dalam periuk. 2. Tuangkan 1 mangkuk air ke dalam periuk yang sama. Letakkan periuk di atas api yang sederhana. 3. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan ajinamoto dan garam secukup rasa. 4. Hidangkan.
Foto dari sumber internet bahan2nya: 3 keping dada ayam (bahagian lain pun boleh kalau suka) 1 cawan tepung gandum 5 camb. serbuk penaik 1 camb. tepung jagung 3 biji telur 2 sudu besar kicap manis cap kipas udang 2 sudu sos tiram segeggam biji gajus (cashewnuts) 10 batang cili kering (direndam, potong satu inci dan tos kering) 4 biji bawang putih diketuk 2 biji bawang besar dibelah empat dan dicerai-ceraikan dua inci halia muda (diris nipis nipis) 1 sudu besar tepung jagung beberapa titis minyak bijan minyak masak 1 cawan stok ayam 1 camt lada sulah 1 biji lada benggala (hijau) segenggam daun bawang (dipotong) Cara membuatnya: Ayam dibersihkan, cuci dan potong dadu. jangan tebal sangat tapi pastikan semuanya sama saiz. Campuran tepung dicelupkan pada ayam dan kemudian ayam yang telah bersalut tadi dicelupkan pula ke dalam telur dan disalut kembali dgn tepung. panaskan kira-kira empat sudu besar min...
Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya. yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap. Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil. Bahan Sup Soto- 1/4 ekor ayam 2 liter air *5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa) Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus: 1 batang kulit kayu manis 4 biji cengkih 1/2 biji buah pala 3 biji bunga lawang- 3 biji pelaga * Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu. Bahan kisar: 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Garam Serbuk lada putih Bahan Tambahan: Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut Telur rebus Ketupat/nasi impit Begedil kentang/begedil daging Bawang goreng Daun sup/saleri Sambal kicap Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu) Limau kasturi Cara: 1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain k...
Comments
Guna cawan yang sama untuk sukatan nasi, air dan santan. Beras perlu dicuci dengan bersih sebelum dimasukkan dalam periuk. Kemudian, garam, santan dan daun pandan dimasukkan. Hirisan bawang putih, bawang merah dan halia juga boleh digunakan(jika mahu). Nasi dimasak seperti biasa.
Sambal:Kisar bawang merah dan bawang putih, ketepikan. Kemudian, kisar ikan bilis kemudian kisar cili kering yang sudah direbus dan diketepikan. Panaskan kuali dan tuang minyak secukupnya. Tumis campuran bawang kisar dgn api sederhana hingga pecah minyak dan betul betul masak. Tambah kisaran ikan bilis dan biar sekejap sebelum dimasukkan kisaran cili kering. Masak dengan api kecil selama 40 minit, masukkan gula melaka, pes asam jawa dan renehkannya lagi. Tambahkan sedikit air jika sambak dilihat terlalu pekat.Akhirnya boleh masukkan garam dan serbuk perencah serta sesuaikan rasa ikut selera.