Posts

Showing posts from May, 2023

Ambuyat

  Ambuyat Bahan-bahan Ambuyat- 300gm Tepung ubi 500ml air Bahan-bahan kangkung- ikan bilis (goreng dan tumbuk kasar) kangkung kacang panjang sardin (hancurkan) bawang merah dan bawang putih Bahan-bahan sambal belacan- cili api belacan (dibakar) tomato garam air perahan limau sedikit gula Cara memasak ambuyat- 1. Kacau tepung ubi dengan air biasa sehingga tak berketul. 2. Panaskan di atas api sederhana sehingga tepung ubi bertukar menjadi jernih. 3. Adunan perlu selalu dikacau. Cara memasak kangkung- 1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah, asingkan. 2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan sardin dan kacau sehingga naik bau, tambahkan air. 4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan kacang panjang dan kangkung. 5. Perasakan dan tutup api. Cara memasak sambal belacan- 1. campurkan semua bahan dan tumbuk. 2. Perasakan mengikut citarasa. Bahan-bahan ambuyat rumbia- 1kg sagu rumbia air panas yang baru dimasak 1 liter a...

Sup Manuk Lihing

  Sup Manuk Lihing Bahan-bahan- 1 ekor ayam kampung  6-8 keping halia bersaiz ibu jari (diketuk) 3 cawan lihing (wain beras) 3 cawan air  garam secukup rasa Cara memasak- 1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk, didihkan dengan menggunakan api yang besar. Bila ramuan mula mendidih, perlahankan api dan biarkan merenih. 2. Masak selama 30-35 minit atau sehingga lihing meresap masuk dalam ayam. 3. Perasakan sup.  Sup perlu kelihatan kekuningan dan terdapat lapisan nipis minyak dari lemak ayam. 4. Pastikan daging ayam telah sempurna lembut sebelum dihidangkan. Nota-    Sup manuk lihing dikenali juga sebagai "sup ayam lihing".  Manuk bermaksud "ayam" dan lihing bermaksud "minuman keras". Hidangan ini merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan ini sesuai bagi ibu berpantang kerana kandungan halianya yang tinggi dapat membantu membuang angin dan membantu peredaran darah dalam badan.  Sup ini dimasak den...

Hinava Tingii (Tongii)

Hinava Tingii Bahan-Bahan- 500gm isi ikan tenggiri (tingii) 200gm peria 2cm halia muda 1 biji bawang merah 1 kuntum bunga kantan 2 biji cili merah 4 biji limau nipis (ambil jusnya) garam/ bahan perasa secukupnya sedikit cili padi 100gm betik separa masak 100gm mangga muda 1 biji tomato (hiris memanjang nipis) 1 sudu kecil lada sulah 1/2 sudu kecil lada hitam Cara memasak- 1. Hiris nipis isi ikan tenggiri, tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan dan toskan. 2.  Hiris nipis peria, halia, bawang, bunga kantan dan cili merah dan cili padi. 2. Campurkan kesemua bahan hiris ke dalam bekas. 3. Tambahkan jus limau nipis dan garam serta bahan perasa. 4. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit sebelum dihidangkan. Nota-    Hinava membawa maksud ikan mentah. Disesetengah tempat Hinava dikenali sebagai "Lava" dan Hinava Ginapan. Hidangan ini popular dikalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah.  Bagi suku kaum Bajau di pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai "kinilau". Untuk me...

Gulab Jamun

  Gulab Jamun (manisan India berasaskan susu) Bahan-bahan- 1 cawan susu tepung 1/3 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh soda bicarbonat 1/3 cawan susu mentega (Buttermilk) 2 sudu kecil minyak masak atau minyak sapi 2 sudu besar minyak sapi (untuk bentukkan doh menjadi bentuk bebola) Badam atau kacang pistachio Bahan untuk sirap- 1 cawan gula 3/4 cawan air 4 biji buah pelaga secubit saffron 1 sudu kecil air mawar 1/2 sudu kecil jus lemon atau jus limau nipis (supaya sirap tidak menjadi berkaca) Bahan untuk Susu mentega (buttermilk)- 1/4 cawan susu penuh krim 1 sudu kecil cuka Cara memasak- 1. Untuk menyediakan susu mentega, gaulkan susu penuh krim dan cuka dan ketepikan. 2. Untuk menyediakan sirap, didihkan gula, air dan buah pelaga sehingga air kelihatan pekat sedikit. padamkan api dan taburkan saffron, Biar sejuk. 3. Ayakkan tepung susu, tepung gandum dan soda bicarbonat, ketepikan. 4. Gaulkan susu mentega dan minyak masak. 5. Satukan semua dan uli sehingga doh manjadi lembut dan tida...

Raita Timun (Cucumber Raita)

Image
  Raita Timun Bahan- 1 biji timun sederhana besar 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil gula 1 sudu besar daun pudina (dihiris) 1 sudu besar daun ketumbar (dihiris) 1 sudu kecil jintan putih 1 1/2 cawan yogurt asli 1 labu bawang besar (dihiris) Sedikit serbuk lada hitam 1 biji lobak merah 1 biji tomato 1 biji cili hijau 1 biji cili merah 3 biji bawang merah (atau bawang holland) Cara memasak- 1. Kupas kulit timun dan belah 2.  Buang empulur timun dan timun dipotong dadu kecil.  Begitu juga lobak merah, tomato. cili hijau, cili merah dan bawang. 2. Jintan putih digoreng tanpa minyak sekejap. 3. Masukkan yogurt dalam mangkuk dan hancur-hancurkan. 4. Campurkan semua bahan dan bahan perasa. 5. Hiaskan dengan daun pudina segar. 6. Sejukkan sebelum dihidang. Nota- a. Sesuai dimakan dengan nasi pudina, nasi tomato, nasi minyak atau nasi briyani. b. Jika inginkan hasil yang cantik. Masukkan semua bahan yang dipotong, sebatikan dan perap bahan ini di dalam peti sejuk selama 1 jam. kelua...

Ayam Masala (Chicken Masala)

Image
Ayam Masala Bahan-bahan perapan (A)- 1/2 kg ayam 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyit 2 cm halia (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) sedikit garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 biji perahan air lemon 1 sudu besar kicap manis Bahan Lain- 2 biji bawang besar (dicincang) 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/4 cawan air 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1/4 cawan minyak masak 1 sudu besar minyak sapi Bahan B- 4 tangkai cili kering (potong) Daun kari dan daun salam Bahan C- 3 ulas bawang putih 2 cm halia (dikisar) 2 biji tomato dipotong dadu) 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar serbuk ketumbar Bahan D- 1/2 kotak santan Kara 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil gula Bahan tumisan- 2 sudu besar minyak masak 3 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 1 sudu besar jintan manis (tumbuk) atau serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk jintan putih 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging Cara memasak- 1. Perap ayam selama 30 minit.  2. Panaskan minyak masak...

Sup kambing (Mutton Soup)

Image
Sup Kambing Bahan-bahan- 2 kg tulang kambing (rebus sehingga isi lekang dari tulang)atau sehingga daging lembut) Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) 1-2 sudu kecil garam kasar 1/2 sudu kecil gula Batang Saderi Sebatang Lobak merah 1 biji ubi kentang Air rebusan tulang 1 bunjut sup tulang Sedikit daun sup dan daun bawang Bawang goreng 3 biji lobak merah dan 1 batang saderi (kisar lumat) 1 Helai daun pandan (disimpul) 2 batang serai (diketuk) Bahan A (dikisar)- 1 biji bawang besar 6 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 4 inci halia 2 sudu besar lada hitam biji 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 inci kunyit hidup 10 biji cili padi Bahan B- 2 sudu besar rempah sup 3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih 2 sudu besar rempah kurma Bahan untuk sambal kicap (kisar halus semua bahan)- 5 biji cili api 3 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil cuka makan Cara memasak- 1. Rebus daging kambin...