Kobis Goreng Mamak

Foto sumber dari majalah RASA KOBIS GORENG MAMAK Bahan-bahannya: (anggaran makan untuk 10 – 14 tetamu) 1 biji kobis – anggaran 1 kg 1 sudu besar pes halia bawang putih 3 ulas bawang putih – dihiris halus 3 ulas bawang kecil – dihiris halus 3 tangkai daun kari – dilurut daunnya ½ sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil serbuk lada putih 3 – 4 cili kering 2 biji cili hijau/merah - dihiris Lobak merah - dihiris mancis - Gula dan garam secukup rasa Minyak masak secukupnya Penyediaannya: 1. Bersihkan dan potong empat bahagian. Potong dan buang bahagian tengah. Buka sehelai ke sehelai dan bersihkan (rujuk cara membersihkannya pada no. 2 tip-tip masakan sayur kobis). Kemudian dipotong halus (lebar 4 – 5mm). Selepas dipotong, bersihkan sekali lagi dan toskan. ...