Posts

Gulai Ketam Nenas

Image
Hellowww.....lama betul tak berceloteh kat sini. Topik cerita saya hari nie berkatain dengan ketam.   Sapa suka gulai ketam?  sapa tak suka gulai ketam?   Sila angkat punggung.... Hem... walau tak nampak tapi saya dah boleh agak.  Mesti ramai yang suk makan ketam kan?. Masakan nie, semacam suatu nostalgia buat saya.  Bila saya teringin nak makan gulai ketam, kenangan atau ingatan saya akan mengimbau kepada mama, papa, nenek di kampung (sebelah papa) dan arwah tok (sebelah mama).  Sebab apa? Sebab masakan ini bila dimasak oleh insan2 yang tersebut di atas.  Hem.... memang sangat sedapppp..... Bila dah agak berumur (baru sedar diri) saya mencuba mencabar diri saya untuk cuba menghasilkan gulai ketam seperti mana yang mama, papa, nenek dan arwah tok masak.  Bermulalah cabaran dengan suatu petang yang indah permai saya ke pasar malam di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wo..wo... nasib saya tak tamak....

Puding Laici

Image
Hati tengah gundah gulana.... Status diri yang saya sendiri tak tahu posisinya bagaimana.... fening! memang amat fening..... Sayayang rasanya nak meninggalkannya.  Bukan kehendak diri tapi kehendak mereka yang tidak memahami..  Apakah??? Biarlah menjadi rahsia pada diri saya..... Kay, kalau tadi menjadi rahsia, yang nie saya tak nak simpan sorang.  Tak baik... nanti kalau ada yang teringin, pintu rumah saya pulak yang menjadi mangsa.  Lets we share it. Puding Laici: 1 paket agar-agar 1 lt        Susu segar 2 tin      Laici Gula ikut sesuka ati Hiasan (apa je boleh bantai, jangan letak bantal buat hiasan udahlah) Cara membuatnya: 1.  Agar-agar dilarutkan ke dalam air dan dimasak sehingga agar-agar menjadi larut bersama air. 2.  Masukkan gula dan bairkan gula larut dan sebati di dalam air. 3.  Laici diblend halus dan dimasukkan ke dalam adunan agar-aga...

Mee tomyam seafood (2)

Image
Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai.  Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam- 5 ulas          bawang merah 2 biji           cili merah 5 biji           cili kering 1 inci          lengkuas 2 batang     serai 1 camb.      udaang kering 3 helai      ...

Serunding daging

Image
Nak raya je mesti nak cari serunding.  Nak serunding je mesti nak tunggu raya.  Apa hari lain tak boleh pekena serunding ke?  Bagi teman, bukan salah makan serunding selain dari hari raya tapi cara pembuatannya yang rumit sedikit membuatkan ia lebih sesuai untuk hari raya.  Untuk anda yang hantu serunding, ini ada resepi untuk kita kongsikan bersama. Bahan: 1 kg  daging batang pinang (direbus dan diambil airnya) 1 1/2 biji kelapa 10 gm  jintan manis (digoreng tanpa minyak) Bahan Kisar: 500 gm  bawang merah 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang putih 2 cm lengkuas 5 batang serai 1 cm  halia gula secukup rasa Cara membuatnya: 1.  Rebus daging sehingga empuk, bila sejuk carik-carikkan isinya hingga halus. 2.  Ambil air rebusan daging dan gunakan untuk memerah santan pati sebanyak 3 cawan. 3.  Masak pati santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga kuahnya menjadi sedikit      ...

Coffee delight cake

Image
Ini kek yang tercipta last minute sebelum saya perlu menghidangkan semua dessert sebelum majlis makan-makan bermula.  Sangat mudah (kalau tak takdelah terhasil last minute, janji semua bahan ada).  Untuk anda yang suka buat kerja last minute mungkin ini terbaik untuk anda cuba. Bahan : 250 gm  Soft flour 250 gm  Castor sugar 250 gm  Butter 5 nos      Egg 1/2 tsp    Baking powder 1/4 tsp    Vanila esen                                                                                    5 gm ...

Mee Udang

Image
Mee udang oh! mee udang.....membayangkannya sahaja boleh membuatkan perutku bergendang tali kecapi.  Ah! itu belum lagi terbaukan aroma kesegaran udangnya..... apatah lagi bila dapat melihat kelibat udang segar yang besar.... aduhai seleraku membuak rasa.  Ialah setelah seminggu hilang selera kerana demam. Disebabkan hari mendung merarak kelabu gitu, saya tahu harapan untuk mendapatkan semangkuk mee udang di muara pantai yang katanya "sedap bangat" tidak mungkin saya perolehi hari ini.  Jadi untuk mengubat jiwa yang tengah lara nie, saya perangatkan lagi dengan cuba mengingati cara-cara untuk membuat mee udang nie.  Jom-jom syer semua..... Mee udang Bahan: 1 paket mee (dicelur seketika) Segenggam sayur sawi (dipotong kecil dan  dicelur) Semangkuk taugeh (dicelur) Cili boh (secukup rasa) 2 kg Udang segar (sederhana besar) Cili merah secukupnya (dihiris) Segenggam bawang merah (dikisar halus) 5 biji bawang merah (dimayang) 3 biji bawang me...

Apam mentega

Image
Apam Mentega Citer pasal apam nie..... buat teman tetiba rasa ngidam jerr....  Nie antara kuih melayu yang mak dan nenek teman suka buat time teman kecil2 dulu.  Selagi tak abis, selagi tulah teman ngulang makan kuih apam nie.  Rasanya yang manis, rasa butter dan gula hangus, tekstur yang gebu.... memang amat menyelerakan.  So kalau ada teman emak dan nenek teman tak payah risau kuih nie tak habis.  Memang teman yang akan ngabiskan.  Ops! terima kasih kak Nor, gambar apam ini saya ambil dan kongsikan dengan anda semua dari laman blog kak Nor "secubit garam".  Anda semua boleh juga melayari laman blog kak Nor ini, kerana resepi-resepi beliau amat menarik sekali untuk anda semua mencubanya.  Terima kasih sekali lagi kak Nor. Apam Mentega Bahan-bahan: 1 cawan gula 1 cawan air 3 cawan tepung gandum 250 gm mentega 3 biji telur ayam 1 tin susu cair 1 cawan gula 2 sudu teh serbuk penaik 1 sudu teh soda bikarbonat 1 biji kelapa parut ...