Posts

Sambal belacan

Image
Bahan- 6 biji limau kasturi (dibuang biji) 50gm belacan yang telah dibakar 3 biji cili merah 1 biji cili hijau segenggam cili padi 100ml air asam jawa pekat garam dan gula secukup rasa Cara penghasilan sambal belacan- 1. Satukan semua jenis cili dan belacan dan mulakan menumbuk. 2. Bahan-bahan tadi dimasukkan sedkit demi sedikit, tumbuk sehingga sambal menjadi separuh hancur. 3. Tambahkan bahan selebihnya dan perasakan sebelum diangkat. 4. Jika menggunakan pengisar, masukkan sahaja semua bahan dan kisar separa lumat. Nota tambahan- 1. Bakar belacan sekejap supaya sambal menjadi lebih beraroma. 2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam agar sambal belacan tahan lama. 3. Penggunaan limau kasturi yang dikisar besama kulit (buang biji) akan membuatkan sambal lebih wangi dan sedap. 4. Semasa mengisar, atau menumbuk gunakan beberapa cili padi yang masih bertangkai (ini merupakan petua bagi mengelakkan sakit perut).   Rujukan- 1. rasa.my. petua buat sambal belacan

Kari kepala ikan

Image
  Kari kepala ikan sedap dimasak dengan menggunakan ikan merah, siakap, kerapu, jenahak yang dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi putih yang masih panas.  Kicap manis juga menjadi pelengkap bagi hidangan ini.  Bukan sahaja dijamah dengan nasi, kari kepala ikan juga sedap dimakan bersama lempeng, roti mamak, paratha atau roti canai. Bahan- 700gm kepala ikan merah (atau sebarang jenis ikan yang bersesuaian) Bahan untuk ditumbuk atau dihiris halus- 3 ulas bawang merah (kecil) 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/4 biji bawang besar Bawang untuk ditumis- 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil halba campur 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari (2-3 tangkai) Bahan selebihnya- 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 1 paket rempah ikan (paket kecil) 1 sudu besar serbuk cili 1 biji cili dipotong 4 10 batang bendi 2 biji tomato sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar halba campur Cara memasak- 1. Bancuh serbuk kari dan serbu...

Cucur Badak

Image
Bahan:  untuk: (30 biji saiz kecil) Untuk kulit- 4 biji keledek saiz besar 2 cawan tepung gandum garam secukupnya Cara memasak- 1. Buangkan kulit keledek, rebus hingga empuk dan masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan. 2. Setelah masak, keledek tadi dihancurkan dan dicampurkan bersama tepung gandum sehingga sebati dan sehingga adunan tidak melekat ditelapak tangan. 3.  Adunan ini bahagikan dan jadikan kepada doh-doh kecil. 4.  Masukkan inti ditengah adunan dan bulatkan kembali. 5.  Goreng dengan api yang sederhana. Untuk inti: 1 biji kelapa parut (putih sahaja) 2 cawan udang kering 4 biji bawang besar 5 batang serai 2 camt kunyit serbuk 10 biji cili kering 2 camb. minyak masak Gula dan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Kisar cili kering, serai, udang, bawang dengan sedikit air 2. Adunan di atas digaulkan bersama kelapa parut. 3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan ke dalam kuali, masak dengan api yang sederhana. 4.  K...

Sugee Halva (Kesari)

Image
Bahan- 1/2 cawan tepung suji atau tepung semolina 1/2 cawan minyak sapi 3/4 cawan gajus (dipanggang sekejap dan dicincang kasar) Sedikit kismis sultana 3 cawan air panas 1/2 cawan krim susu atau 1 cawan susu cair 1/2 cawan gula 5 biji buah pelaga pewarna kunig  esen nenas secubit garam serbuk badam kekacang seperti pistachio, gajus, badam, walnut Cara memasaknya- 1. Cairkan mentega atau minyak sapi. 2. Masukkan tepung semolina dan tuangkan susu cair, kemudian tambahkan dengan 1 tin air dan kacau rata. 3. Masak air gula secara berasingan. 4. Campurkan air gula ke dalam adunan semolina dan kacau rata. 5. Masukkan bahan-bahan lain dan tinggalkan sedikit kekacang untuk digunakan sebagai hiasan masakan. Info berkaitan masakan- Sugee atau suji halva, dikenali sebagai Alvaa oleh masyarakat Tamil.  Dikenali sebagai Kesari oleh masyarakat di India Selatan dan Karnataka.  Ia diperbuat dari bijirin semolina yang bertekstur kasar dari jenis gandum durum.  Gandum ini digunakan se...

Pengat Pisang

Image
  Pengat pisang atau dikenali juga sebagai serawa pisang dijamah ketika minum petang atau boleh juga dihidangkan ketika kenduri kendara.  Penggunaan jenis pisang juga tidak terhad kepada sejenis pisang tertentu sahaja.  Pengat pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama akan menghasilkan rasa sedap, lemak masin dan masam yang datang dari pisang tanduk tersebut.  Penggunaan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan juga boleh bagi menghasilkan pengat pisang ini. Bahan- 3-4 biji pisang tanduk 2 mangkuk santan pekat 2 mangkuk santan cair    (atau boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air) 1/2 cawan sagu (dibersihkan) 2-3 keping nisan/ gula melaka 1/3 cawan gula pasir 2 helai daun pandan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Buang kulit pisang dan hiris setebal 1-2 cm. 2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam. 3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. 4. Masukkan sagu, gula, daun pandan dan garam secukup ras...

Pai Tee

Image
  Pai Tee sangat sinonim dengan kedai makan jenama terkenal rangkaian Chicken Rice Shop.  Keranggupan kulitnya dan sesedap rasa segar ramuan intinya sangat mengujakan.  1 pinggan serasa tak cukup.  Pai tee selalunya dihidangkan sebagai hidangan minuman petang, dijamu pada hari2 sambutan perayaan dan jamuan makan. Bahan untuk kulit- 1 cawan tepung beras 2 sudu besar tepun gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 cawan air secubit garam sebiji telur 1 sudu kecil air kapur makan Cara memasak- 1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk. 2. Panaskan minyak dan celup acuan ke dalam minyak panas tersebut. 3. Celup acuan yg telah dipanaskan tersebut kedalam ramuan kulit tadi dan celup semula ke dalam minyak panas. 4. Acuan yang terbentuk biarkan kekuningan sebelum diangkat.  5. Toskan  Bahan untuk inti- timun sengkuang lobak merah (disagat tapi saya suka dihiris nipis saja) tauge isi udang bawang putih dan bawang merah ditumbuk minyak g...

Rendang daging

Image
Bahan kisar halus- 7-8 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 inci halia 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 3 batang serai 15-20 tangkai cili kering (direbus asing) dan dikisar berasingan sedikit air Bahan untuk disangai- 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil biji jintan putih 1 sudu kecil biji jintan manis Bahan-bahan masakan yang selebihnya- 2 cawan minyak masak 1 kilo daging lembu 2 cawan santan cair 1 mangkuk santan pekat 1 keping asam keping (sederhana) 2-3 sudu besar kerisik 1-2 helaai daun kunyit 2-3 helai daun limau purut gula nisan atau gula melaka secukupnya garam dan gula secukup rasa Cara memasak- 1. Daun kunyit dibuang bahangian tengah yang keras, kemudian digulung nipis dan hiris senipisnya.  Simpan dalam bekas bertutup dan jangan biarkan kering. 2. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam anggaran 2 inci. 3. Bahan-bhan sangai, pastikan disangai sehingga naik baunya.  Kemudian bahan sangai ini dikisar halus. 4. Panaskan minyak dan masukk...