Posts

Yau Char Kwai

Image
Yau Char Kwai -           Cakwey -           Pak tongkol -           Youtiao                                       Bahan: 1 cawan air suam 400gm tepung gandum 2 camt yis 3 camb. Gula 1 ½ camb. Minyak jagung ½ camt garam Minyak untuk menggoreng 1 camb margerin 1 camb susu pekat manis / susu tepung 1 biji kuning telur ½ camt soda bikarbonat Cara memasaknya- 1.     Masukkan gula dan yis ke dalam air suam.   Kacau sekejap dan biar yis mengembang dalam 15 minit. 2.     Tepung, minyak jagung dan garam satukan dalam 1 bekas. 3.     Campurkan adunan yis ke dalam adunan tepung. Uli sebati.   Uli lama untuk hasil yang lebih baik.   Buat sehingga adunan tidak melekat di tangan. 4.     Perap doh 1 jam. Dan naik 2 kali ganda. 5.     Tumbuk doh untuk mengeluarkan angina.   Canai doh memanjang dan potong memanjang. 6.     Adunan yang telah dipotong memanjang kecil ini ambil 2 bahagian dan satukan dengan menggunakan air atau ambil lidi yang dice

Dimsum goreng-stim berserta sup

Image
Dimsum        Kulit wantan -            Siew mai -            Dumpling 1 paket kulit wantan        Bahan untuk kulit- 1 cawan tepung gandum ½ cawan tepung jagung ½ cawan air panas 1 ½ camb minyak masak Cara memasak- 1.         Campurkan semua bahan dan uli sehingga tidak melekat ditangan.  Buat doh bulat kecil dan canai nipis sebelum diletakkan inti ditengahnya bahan untuk inti; secawan udang (yang telah di buang kulit) atau daging/ayam cincang) sekeping tauhu di cincang halus (jika suka) sedikit daun bawang di cincang halus sebiji telur 1 sudu besar tepung jagung seulas bawang putih di cincang halus ground black pepper, lada sulah dan garam secukupnya 1/2 biji lada benggala 1 biji bawang besar (dicincang halus) 2 biji cili hijau (dicincang halus) sebiji lobak merah (dicincang halus) Cara-cara Udang di cincang halus-halus., kemudian masukkan di dalam man

Steamed Vegetable Dumpling

Image
Steamed vegetable dumpling -           Gyoza (Jepun) Bahan-bahan diperlukan: Untuk Kulit: 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch) 60g tepung ubi (tapioca flour) 1 cawan air panas *70g tepung ubi (tapioca flour) *1/2 cawan air sejuk (berais) (xada pun taka pa) Untuk Inti: #500g kucai, dipotong 1cm #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan) 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit 200g daging/ayam cincang 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan 2-3 cm halia, dicincang 1/2 sk serbuk lada putih 1 sb kicap cair 1 sk minyak bijan 1 sb tepung ubi Garam secukup rasa Gula secukup rasa Lain: Tepung ubi secukupnya Minyak masak secukupnya Cara menyediakan dan memasak: Sediakan doh untuk kulit: 1.       Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. 2.       Gaul sehingga

Bihun

Image
Bihun Bihun berasal dari China dan bahan utama untuk membuat bihun ini ialah tepung beras.  Bihun juga merupakan sebahagian daripada masakan ruji bagi masyarakat di Asia.  Bagi masyarakat Cina, bihun disajikan sebagai hidangan sup, goreng atau sebagai sebahagian bahan untuk pembuatan salad. Sementara itu bihun goreng merupakan gabungan yang dimasak dengan sayur dan daging (boleh juga ditukarkan dengan bahan-bahan lain yang bersesuaian seperti ayam, udang dan sotong).  Bihun goreng sedap di makan bersama dengan cili jeruk.  Bahan utama untuk membuat bihun goreng jika bagi masyarakat Melayu, penggunaan cili boh merupakan suatu kemestian.  Berlainan dengan masyarakat Cina, bahan utama bagi mereka adalah "fish Sauce" yang memberi berbagai aroma pada masakan bihun.

Jenis-jenis Laksa

Image
Laksa Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura.  Ia dikatakan berasal dari masyarakat Cina yang berhijrah ke tanah Melayu (Peranakan).  Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit "Laksha" yang bererti banyak (merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan. Di Malaysia terdapat berbagai variati laksa seperti- 1.  Laksa Penang- Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang dan dikenali sebagai asam laksa.  Keunikan asam      laksa ini terletak kepada penggunaan ikannya, di mana, selain dikisar halus; semasa menghidang      ketulan ikan akan diletakkan sekali didalam mangkuk hidangan asam laksa.  Begitu juga di dalam      masakan asam laksa ini, daun pudina digunakan sebagai salah satu ramuan ulaman. 2. Laksa Johor-  Laksa Johor berbeza dari laksa yang ada di Malaysia.  Ini kerana bahan asas laksa ini                      menggunakan spagetti dan bukannya laksa beras yang biasa diguna-pakai dal

Badak Berendam

Image
Badak Berendam Bahan Doh: 2 cawan tepung pulut 11/2 cawan perahan air daun pandan 1/2 sudu kecil garam Cara Memasak: Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Bahan Inti: 2 cawan kelapa parut muda 1 cawan gula merah 1 helai daun pandan Gula pasir, jika suka Cara Memasak: Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis. Bahan Kuah: 2 1/2 cawan santan 2 sudu besar tepung beras 1/2 sudu kecil garam 3 helai daun pandan Sedikit gula - jika suka (opsyenal) Cara memasak- Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan. Cara Penyediaan: 1.       Ambik sedikit d

Pasembor

Image
Pasembor... makan sampai tersembur... memang layan dengan hirisan sayuran yang ranggup seperti timun, sengkuang, lobak merah, taugeh bersama kuah yang lazat.  Selalunya ia dijual oleh golongan Indian Muslim (nie yang paling sedap), tapi sekarang semakin dimonopoli oleh melayu, dikenali dengan "Cheh Hu" oleh masyarakat cina. Bahan untuk cucur udang: 1 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan udang 2 biji bawang kecil 1 camb. cili boh  1 1/2 camt. baking powder garam air Bahan kuah: 1 biji keledek (sederhana besar -direbus hingga empuk) 2-3 biji bawang kecil 1 camb. cili boh sedikit kicap air secukupnya untuk kuah 1/2 cawan kacang tanah yang disangai ( tumbuk kasar) minyak untuk menumis gula merah dan garam secukup rasa Bahan lain: 3 biji kentang sederhana besar 4 biji telur (direbus) 4 keping tauhu (digoreng) 1 biji timun 1 biji wengkuang sedikit taugeh minyak untuk menggoreng Cara memasaknya: 1.  Bersihkan kentang dan rebus bersama kulit sehingga separuh