Posts

Piaren Ah Manuk

  Piaren Ah manuk (Kari Ayam) Bahan-bahan- 1.5kg ayam (dipotong 8 bahagian) 3 cawan santan (dari sebiji kelapa) 10 sudu besar kelapa parut (ditumbuk) 8 biji cili (dibuang biji dan dipotong) 2 batang daun bawang (dipotong sepanjang 1 inci) 3 batang serai (dititik) 1 bawang besar 6 sudu besar minyak masak garam dan bahan perasa lainnya Cara memasak- 1. panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk dan bawang sehingga kekuningan. 2. Masukkan ayam, serai dan kelapa parut, gaul sebati. 3. Kecilkan api dan campurkan santan, garam dan bahan perasa. 4. Masak sehingga kuah pekat dan masukkan daun bawang dan cili. 5. Biarkan mendidih baru dihidangkan. Nota-    Piaren Ah Manuk ialah kari ayam yang dibuat dari asas rempah tumis dan kelapa parut, kemudian direnih dalam santan.  Hidangan ini sangat popular dikalangan masyarakat Iranum.  Variasi lain bagi masakan ini adalah ikan (Piaren Ah Sada) dan nangka muda (Piaren Ah Badak). Rujukan- 1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Masakan_Sabah 2. kadazandusu

Daeng Semur

  Daeng Semur (Ikan tenggiri masak santan) Bahan-bahan- 1 kg ikan tenggiri 1 cawan kelapa parut (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan ditumbuk halus) 1 cawan santan (diperah dari 1/2 kelapa parut) 5 ulas bawang putih 2 bawang merah 10gm lengkuas 2 batang serai 2 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk jintan putih 2 inci kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 1 biji cengkih 1 sudu besar gula 3 sudu besar air asam jawa 3 cili merah (dihiris) 2 sudu kecil garam 3 sudu kecil minyak masak Cara memasaknya- 1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan-bahan yang dipotong hingga wangi. 2. Masukkan jintan manis, jintan putih, bunga lawang dan kulit kayu manis. 3. goreng atas api sederhana beberapa minit dan kemudian masukkan santan, gula, garam dan air asam jawa. 4. Biarkan mendidih selama 2 minit. 5. Masukkan bahan selebihnya dan masak hingga kuah kering. Nota-    Daeng Semur merupakan sejenis masakan kaum Bajau-Petagas, Sabah. Rujukan- 1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Daeng_

Pinaasakan

  Pinaasakan Bahan-bahan- 3-4 ekor ikan (Ikan sardin atau ikan kembung) 4 inci halia 4 inci kunyit hidup 2 helai daun kunyit 2 keping asam aroi (boleh juga guna asam gelugur) 1 sudu kecil garam 1 cawan air Daun pisang 2 biji buah mangga (atau buah bambangan) dicincang Sedikit minyak masak 4 ulas bawang putih (dicincang) 1 biji bawang (dicincang) 5 biji cili kering (dihiris halus) 50gm asam jawa (dibuang biji) Cara memasak- 1. Bersihkan ikan.  2. Hiris halia dan kunyit hidup (atau halia dan kunyit boleh juga ditumbuk kasar).  Hiris kasar daun kunyit. 3. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang, halia, kunyit dan cili kering hingga naik bau. 4. Di dalam periuk susun daun pisang dan letak daun kunyit.  Susun ikan atas daun kunyit. 5. Taburkan semua bahan atas ikan dan tuang sedikit air. 6. Letak garam dan serbuk perasa dan tutup dengan penutup dan masak selama 15 - 25 minit menggunakan api kecil 7. Masak sehingga air hampir kering. Nota-    Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisiona

Ambuyat

  Ambuyat Bahan-bahan Ambuyat- 300gm Tepung ubi 500ml air Bahan-bahan kangkung- ikan bilis (goreng dan tumbuk kasar) kangkung kacang panjang sardin (hancurkan) bawang merah dan bawang putih Bahan-bahan sambal belacan- cili api belacan (dibakar) tomato garam air perahan limau sedikit gula Cara memasak ambuyat- 1. Kacau tepung ubi dengan air biasa sehingga tak berketul. 2. Panaskan di atas api sederhana sehingga tepung ubi bertukar menjadi jernih. 3. Adunan perlu selalu dikacau. Cara memasak kangkung- 1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah, asingkan. 2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan sardin dan kacau sehingga naik bau, tambahkan air. 4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan kacang panjang dan kangkung. 5. Perasakan dan tutup api. Cara memasak sambal belacan- 1. campurkan semua bahan dan tumbuk. 2. Perasakan mengikut citarasa. Bahan-bahan ambuyat rumbia- 1kg sagu rumbia air panas yang baru dimasak 1 liter air C

Sup Manuk Lihing

  Sup Manuk Lihing Bahan-bahan- 1 ekor ayam kampung  6-8 keping halia bersaiz ibu jari (diketuk) 3 cawan lihing (wain beras) 3 cawan air  garam secukup rasa Cara memasak- 1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk, didihkan dengan menggunakan api yang besar. Bila ramuan mula mendidih, perlahankan api dan biarkan merenih. 2. Masak selama 30-35 minit atau sehingga lihing meresap masuk dalam ayam. 3. Perasakan sup.  Sup perlu kelihatan kekuningan dan terdapat lapisan nipis minyak dari lemak ayam. 4. Pastikan daging ayam telah sempurna lembut sebelum dihidangkan. Nota-    Sup manuk lihing dikenali juga sebagai "sup ayam lihing".  Manuk bermaksud "ayam" dan lihing bermaksud "minuman keras". Hidangan ini merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan ini sesuai bagi ibu berpantang kerana kandungan halianya yang tinggi dapat membantu membuang angin dan membantu peredaran darah dalam badan.  Sup ini dimasak dengan menggunaka

Hinava Tingii (Tongii)

Hinava Tingii Bahan-Bahan- 500gm isi ikan tenggiri (tingii) 200gm peria 2cm halia muda 1 biji bawang merah 1 kuntum bunga kantan 2 biji cili merah 4 biji limau nipis (ambil jusnya) garam/ bahan perasa secukupnya sedikit cili padi 100gm betik separa masak 100gm mangga muda 1 biji tomato (hiris memanjang nipis) 1 sudu kecil lada sulah 1/2 sudu kecil lada hitam Cara memasak- 1. Hiris nipis isi ikan tenggiri, tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan dan toskan. 2.  Hiris nipis peria, halia, bawang, bunga kantan dan cili merah dan cili padi. 2. Campurkan kesemua bahan hiris ke dalam bekas. 3. Tambahkan jus limau nipis dan garam serta bahan perasa. 4. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit sebelum dihidangkan. Nota-    Hinava membawa maksud ikan mentah. Disesetengah tempat Hinava dikenali sebagai "Lava" dan Hinava Ginapan. Hidangan ini popular dikalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah.  Bagi suku kaum Bajau di pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai "kinilau". Untuk me

Gulab Jamun

  Gulab Jamun (manisan India berasaskan susu) Bahan-bahan- 1 cawan susu tepung 1/3 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh soda bicarbonat 1/3 cawan susu mentega (Buttermilk) 2 sudu kecil minyak masak atau minyak sapi 2 sudu besar minyak sapi (untuk bentukkan doh menjadi bentuk bebola) Badam atau kacang pistachio Bahan untuk sirap- 1 cawan gula 3/4 cawan air 4 biji buah pelaga secubit saffron 1 sudu kecil air mawar 1/2 sudu kecil jus lemon atau jus limau nipis (supaya sirap tidak menjadi berkaca) Bahan untuk Susu mentega (buttermilk)- 1/4 cawan susu penuh krim 1 sudu kecil cuka Cara memasak- 1. Untuk menyediakan susu mentega, gaulkan susu penuh krim dan cuka dan ketepikan. 2. Untuk menyediakan sirap, didihkan gula, air dan buah pelaga sehingga air kelihatan pekat sedikit. padamkan api dan taburkan saffron, Biar sejuk. 3. Ayakkan tepung susu, tepung gandum dan soda bicarbonat, ketepikan. 4. Gaulkan susu mentega dan minyak masak. 5. Satukan semua dan uli sehingga doh manjadi lembut dan tidak me