Posts

Showing posts from June, 2023

Briyani udang

Briyani udang Bahan-bahan: 500gm beras basmathi 1 kg udang (sederhana besar) Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam 5gm daun ketumbar Air secukupnya 250ml Susu cair 4 batang lobak merah (100gm) 15gm minyak masak 20gm minyak sapi 5gm daun pandan Bahan tumis: 60gm bawang merah 40gm bawang besar 20gm bawang putih 10gm halia 5gm kulit kayu manis 5gm bunga lawang 5gm buah pelaga 5gm cengkih 8gm rermpah briyani Bahan lain- 50gm kismis 25gm daun sup 25gm bawang goreng Cara memasak- 1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun pandan. 2. Tumis hingga harum dan bawang layu dan wangi. 3. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang.  Gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan. 4. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. 5. Alihkan beras dan rempah ke dalam periuk nasi, campurkan air dan susu cair. 6. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. 7. Masak nasi seperti biasa....

cuba

Dinonsul Mangga

Dinonsul Mangga Bahan-bahan- 80gm ikan bilis (dibersihkan) 5 biji cili padi (dipotong kecil) 3 biji mangga muda (dikupas kulit dan isinya diracik halus) 1 biji cili merah (dihiris) 1 sudu kecil gula pasir 1 sudu teh garam 5gm daun selasih (daunnya sahaja) 1 biji tomato (dipotong nipis) 1/2 biji bawang merah (dihiris) 5 biji limau (ambil jusnya sahaja dan boleh digantikan dengan cuka) Cara memasak- 1. Sangai ikan bilis sehingga kering dan kekuninggan. 2. tumbuk ikan bilis kasar-kasar. 3. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan, sedia untuk dihidang. Nota-    Masakan ini merupakan makanan tradisi kaum Momogun dari suku Rungus di Sabah.  Ikan bilis boleh digantikan dengan ikan masin yang dibakar dengan kayu api.  Ppenggunaan mangga boleh digantikan dengan peria. Rujukan- 1. Enuvung Manisa, resepimomogunrungus.blogsport.com 2. sibergirlmyexcel11.blogsport.com

Dalca Sayur (vegetable Dal)

  Dalca Sayur Bahan kisar- 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih sedikit halia Bahan lain- 1 biji terung 1 biji ubi keledek atau ubi kentang (dipotong dadu kecil) 1 biji lobak merah (potong memanjang) 10gm kacang panjang (potong memanjang) 1 biji tomato (potong 4) 1 biji cili merah (potong memanjang 2) 50gm kacang dal (direndam semalaman) sedikit bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. 3 sudu besar serbuk kari daging Sedikit air asam jawa Sedikit serbuk perasa ikan bilis Garam, gula  1 mangkuk tulang ayam 1 kotak kecil santan (200ml) 2 tangkai daun kari Cara memasak- 1. Rebus kacang dal hingga empuk dan kisar kasar kacang dal ini. 2. Tumis bahan kisar dengan bunga lawang dan kulit kayu manis. 3. Masukkan serbuk kari daging dan tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan air, ayam dan kacang dal, santan, kentang, ubi keledek dan lobak merah), masak sehingga empuk. 5. Masukkan terung dan bahan lain. 6. Perasakan dengan air asam jawa, garam, gula perang dan sedikit kiub ik...

Manuk Pansoh

Manuk Pansoh Bahan-bahan- 1 ruas buluh lemang 1/2 ekor ayam (dipotong ketulan kecil) 1/2 cawan air 3 ulas bawang putih 2 biji bawang merah 2-3 kuntum bunga kantan 3cm halia 3 batang serai 2-3 biji cili merah (jika suka) secekak pucuk ubi (diramas) sedikit daun kesum 3cm lengkuas 1 tangkai batang tepus Cara memasak- 1. Sediakan bara api seperti bara untuk membakar lemang. 2. Bersihkan buluh terlebih dahulu dan rendam buluh untuk memudahkan proses memasak. 3. Bawang ditumbuk lumat dan bahan lain dipotong halus. 4. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan bahan yang lain.  Ayam perlu diperap selama 1-2 jam sebelum dimasak. 5. Masukkan ayam ke dalam buluh, jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. 6. Tutup bahagian atas buluh dengan pucuk ubi, bakar buluh dalam masa 1/2 jam. 7.  Biarkan sehingga asap didihan keluar dari penutup buluh. 8. Siap untuk dihidangkan. Nota-   Ayam pansoh (manok pansuh) merupakan masakan yang digemari di kalangan rakyat di Sarawak dan Kalimanta...

Mee Kolok

  Mee Kolok Bahan-bahan untuk mee- 1 gulung mi kering (mi sanggul atau yee mee) 3 ulas bawang putih (dihiris) 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap cair 1 mangkuk kicap manis 4 helai daun sawi (potong 1inci) Sedikit cuka minyak bawang putih 1/2 labu bawang besar (potong halus) Bahan hiasan- daun bawang, daun sup dan bawang goreng (hiasan) taugeh sawi (celur) fish cake Hirisan daging atau ayam tomato yang dihiris Bahan Sos (dikisar sebati)- 1 genggam cili padi 1 mangkuk kecil sos cili Bahan untuk cili kicap- 10 biji cili padi 4 ulas bawang putih sedikit perahan jus limau sedikit kicap sedikit garam Bahan untuk sup- 1/2 cawan daging atau ayam rebus dipotong nipis(rebus dengan 1 kiub ayam maggi) sedikit serbuk lada hitam 2-3 kiub pati lembu Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) Sup bunjut 3 cawan air rebusan daging/ayam garam, gula, lada sulah dan serbuk perasa sebatang halia diketuk Cara Me...

Kuih Panjaram

  Kuih Panjaram Bahan-bahan- 2 cawan tepung beras (cap 3 gajah) 2 cawan tepung gandum (cap ros) 1 cawan gula merah (hancur) 1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan saja) 2 - 21/2 cawan air (ikut kesesuaian) 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam minyak untuk menggoreng  100ml santan Cara memasak- 1. Masak gula merah dan gula putih dengan air hingga gula larut.  Boleh letakkan daun pandan untuk mewangikan masakan. 2. Satukan tepung gandum dan tepung beras serta garam. 3. Tuang air gula merah sedikit demi sedikit dan sebatikan adunan. 4. Adunan perlu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 5. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang halus.  Pukul adunan sehingga berbuih menggunakan "whisk". 6. Tutup adunan dan perap 4 jam pada suhu bilik.  Untuk lebih cantik perap adunan semalaman.  Boleh perap di dalam peti sejuk. 7. Panaskan minyak (sedikit) dalam kuali dengan api yang perlahan. 8. tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia maasak dan memb...

Piaren Ah Manuk

  Piaren Ah manuk (Kari Ayam) Bahan-bahan- 1.5kg ayam (dipotong 8 bahagian) 3 cawan santan (dari sebiji kelapa) 10 sudu besar kelapa parut (ditumbuk) 8 biji cili (dibuang biji dan dipotong) 2 batang daun bawang (dipotong sepanjang 1 inci) 3 batang serai (dititik) 1 bawang besar 6 sudu besar minyak masak garam dan bahan perasa lainnya Cara memasak- 1. panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk dan bawang sehingga kekuningan. 2. Masukkan ayam, serai dan kelapa parut, gaul sebati. 3. Kecilkan api dan campurkan santan, garam dan bahan perasa. 4. Masak sehingga kuah pekat dan masukkan daun bawang dan cili. 5. Biarkan mendidih baru dihidangkan. Nota-    Piaren Ah Manuk ialah kari ayam yang dibuat dari asas rempah tumis dan kelapa parut, kemudian direnih dalam santan.  Hidangan ini sangat popular dikalangan masyarakat Iranum.  Variasi lain bagi masakan ini adalah ikan (Piaren Ah Sada) dan nangka muda (Piaren Ah Badak). Rujukan- 1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Masa...

Daeng Semur

  Daeng Semur (Ikan tenggiri masak santan) Bahan-bahan- 1 kg ikan tenggiri 1 cawan kelapa parut (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan dan ditumbuk halus) 1 cawan santan (diperah dari 1/2 kelapa parut) 5 ulas bawang putih 2 bawang merah 10gm lengkuas 2 batang serai 2 sudu besar serbuk jintan manis 2 sudu besar serbuk jintan putih 2 inci kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 1 biji cengkih 1 sudu besar gula 3 sudu besar air asam jawa 3 cili merah (dihiris) 2 sudu kecil garam 3 sudu kecil minyak masak Cara memasaknya- 1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan-bahan yang dipotong hingga wangi. 2. Masukkan jintan manis, jintan putih, bunga lawang dan kulit kayu manis. 3. goreng atas api sederhana beberapa minit dan kemudian masukkan santan, gula, garam dan air asam jawa. 4. Biarkan mendidih selama 2 minit. 5. Masukkan bahan selebihnya dan masak hingga kuah kering. Nota-    Daeng Semur merupakan sejenis masakan kaum Bajau-Petagas, Sabah. Rujukan- 1. ms.m.wikipedia.o...

Pinaasakan

  Pinaasakan Bahan-bahan- 3-4 ekor ikan (Ikan sardin atau ikan kembung) 4 inci halia 4 inci kunyit hidup 2 helai daun kunyit 2 keping asam aroi (boleh juga guna asam gelugur) 1 sudu kecil garam 1 cawan air Daun pisang 2 biji buah mangga (atau buah bambangan) dicincang Sedikit minyak masak 4 ulas bawang putih (dicincang) 1 biji bawang (dicincang) 5 biji cili kering (dihiris halus) 50gm asam jawa (dibuang biji) Cara memasak- 1. Bersihkan ikan.  2. Hiris halia dan kunyit hidup (atau halia dan kunyit boleh juga ditumbuk kasar).  Hiris kasar daun kunyit. 3. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang, halia, kunyit dan cili kering hingga naik bau. 4. Di dalam periuk susun daun pisang dan letak daun kunyit.  Susun ikan atas daun kunyit. 5. Taburkan semua bahan atas ikan dan tuang sedikit air. 6. Letak garam dan serbuk perasa dan tutup dengan penutup dan masak selama 15 - 25 minit menggunakan api kecil 7. Masak sehingga air hampir kering. Nota-    Pinaasakan merupaka...