Posts

Raita Timun (Cucumber Raita)

Image
  Raita Timun Bahan- 1 biji timun sederhana besar 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil gula 1 sudu besar daun pudina (dihiris) 1 sudu besar daun ketumbar (dihiris) 1 sudu kecil jintan putih 1 1/2 cawan yogurt asli 1 labu bawang besar (dihiris) Sedikit serbuk lada hitam 1 biji lobak merah 1 biji tomato 1 biji cili hijau 1 biji cili merah 3 biji bawang merah (atau bawang holland) Cara memasak- 1. Kupas kulit timun dan belah 2.  Buang empulur timun dan timun dipotong dadu kecil.  Begitu juga lobak merah, tomato. cili hijau, cili merah dan bawang. 2. Jintan putih digoreng tanpa minyak sekejap. 3. Masukkan yogurt dalam mangkuk dan hancur-hancurkan. 4. Campurkan semua bahan dan bahan perasa. 5. Hiaskan dengan daun pudina segar. 6. Sejukkan sebelum dihidang. Nota- a. Sesuai dimakan dengan nasi pudina, nasi tomato, nasi minyak atau nasi briyani. b. Jika inginkan hasil yang cantik. Masukkan semua bahan yang dipotong, sebatikan dan perap bahan ini di dalam peti sejuk selama 1 jam. kelua...

Ayam Masala (Chicken Masala)

Image
Ayam Masala Bahan-bahan perapan (A)- 1/2 kg ayam 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk kunyit 2 cm halia (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) sedikit garam 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 biji perahan air lemon 1 sudu besar kicap manis Bahan Lain- 2 biji bawang besar (dicincang) 1 sudu kecil serbuk kunyit 1/4 cawan air 1 sudu kecil serbuk lada sulah 1/4 cawan minyak masak 1 sudu besar minyak sapi Bahan B- 4 tangkai cili kering (potong) Daun kari dan daun salam Bahan C- 3 ulas bawang putih 2 cm halia (dikisar) 2 biji tomato dipotong dadu) 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar serbuk ketumbar Bahan D- 1/2 kotak santan Kara 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil gula Bahan tumisan- 2 sudu besar minyak masak 3 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih 1 sudu besar jintan manis (tumbuk) atau serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk jintan putih 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging Cara memasak- 1. Perap ayam selama 30 minit.  2. Panaskan minyak masak...

Sup kambing (Mutton Soup)

Image
Sup Kambing Bahan-bahan- 2 kg tulang kambing (rebus sehingga isi lekang dari tulang)atau sehingga daging lembut) Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga) 1-2 sudu kecil garam kasar 1/2 sudu kecil gula Batang Saderi Sebatang Lobak merah 1 biji ubi kentang Air rebusan tulang 1 bunjut sup tulang Sedikit daun sup dan daun bawang Bawang goreng 3 biji lobak merah dan 1 batang saderi (kisar lumat) 1 Helai daun pandan (disimpul) 2 batang serai (diketuk) Bahan A (dikisar)- 1 biji bawang besar 6 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 4 inci halia 2 sudu besar lada hitam biji 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1/2 inci kunyit hidup 10 biji cili padi Bahan B- 2 sudu besar rempah sup 3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih 2 sudu besar rempah kurma Bahan untuk sambal kicap (kisar halus semua bahan)- 5 biji cili api 3 ulas bawang putih 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar sos tomato 1 sudu kecil cuka makan Cara memasak- 1. Rebus daging kambin...

Belalang Goreng Kerutup Juadah raya

   Makanan eksotik belalang liar, menadi pilihan penduduk sekitar Pasir Puteh Kelantan untuk dijadikan juadah istimewa Aidiladha. Belalang liar ini dimasak kerutup atau goreng kunyit bagi masyarakat sekitar Kelantan, di makan bersama ketupat palas atau ketupat nasi. Harga belalang ini lebih mahal jika dibandingkan dengan harga daging lembu iaitu RM70 sekilo dan RM50 sekilo untuk harga borong mengikut musim. Kebanyakkan belalang ini diperolehi sekitar kawasan sawah padi.    Di Kampung Bukit Telipot Kelantan ada di antara kalangan penduduk yang menjadi pengusahasa makanan eksotik ini dan bekalan belalang ini mereka perolehi daripada penduduk Felcra teratak Batu, Kampung Changgai dan kamppung Panggung serta kampung Bukit. Proses memasak belalang kerutup ini mengambil masa 3 jam (termasuk proses membungkus) dan ianya dijual 100gm dengan harga RM12. Proses penyediaan belalang Kerutup ini termasuklah proses membunag sayap, kaki belalang yang berduri, bahagian kepala d...

Apom Lenggang

Image
Apom Lenggang- Bahan- 1 1/2 cwn tepung beras  1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 camt yis 4 - 5 camb. gula 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1 biji telur secubit garam Bahan untuk dikisar halus- 3/4 cawan nasi sejuk 1 1/2 cawan air Cara memasaknya- Campurkan semua bahan di atas kecuali santan, Gaulkan sehingga sebati dan perapkan selama 2 - 3 jam sehingga adunan mengembang.  Atau boleh juga disimpan semalaman.  Bila hendak memasak, baru dimasukkan santan dan gaul sebati dengan adunan lain. Tapiskan adunan untuk memastikan tiada ketulan tepung yang tidak teradun sempurna. Panaskan non stick pan dan griskan dengan sedikit minyak.  Ambil 1 senduk adunan atau lebih (bergantung kepada saiz kuali) dan lenggangkan atau ratakan disemua permukaan kuali tersebut seperti membuat kuih ketayap.  Masak dengan api yang perlahan dan masak sehingga semua permukaan adunan kelihatan bertukar warna dan tepi adunan terangkat, serta kekuninggan.  Angkat dan bol...

Kerabu mangga bunga kantan

Image
Kerabu Mangga bunga kantan- Bahan- 3 biji buah mangga muda 1 batang bunga kantan 10 biji cili padi garam dan gula secukupnya 3 camb kerisik serbuk asam boi secukupnya Cara memasak- Cuci bersih mangga, dan bunga kantan.  Hiris halus buah mangga, bunga kantan dan cili padi.  Satukan dalam 1 bekas.  Campurkan gula, garam, kerisik dan asam boi, sebatikan dan perasakan.  Jika pedas boleh ditambah serbuk asam boi atau gula lagi.  Siap.

Ikan rebus Kelantan

Image
Ikan rebus Kelantan /Thailand Masakan ini mirip seperti masakan ikan lengat dikebanyakkan negeri yang terdapat di Malaysia.  Cuma bezanya berdasarkan bahan-bahan yang digunapakai untuk memasaknya.  Bahan-bahan yang digunapakai dalam masakan ini menyebabkan dari proses penyediaannya sahaja boleh membuatkan kita teruja untuk menikmatinya.  Ini kerana ketika merebus ikan ini bau bahan-bahan yang digunapakai sangat mengamit deria lapar, wangi dari daun limau purut dan gula kabung mengapung sudut dapur.  Istimewanya lagi setelah siap direbus, ikan ini boleh dimakan begitu saja sebagai lauk pelengkap nasi, ataupun boleh digoreng terlebih dahulu.  Manakala ikan rebusan yang lain, yang masih tersisa boleh disimpan dalam peti sejuk untuk digunapakai pada hari-hari seterusnya. Bahan- 15 ekor ikan kembung (atau sebarang jenis ikan yang tidak bersisik) 2 ketul gula melaka 6 batang serai 1-2 camb garam secukupnya 6 ulas bawang putih segengga...