Posts

Briyani udang

Briyani udang Bahan-bahan: 500gm beras basmathi 1 kg udang (sederhana besar) Sedikit serbuk kunyit Sedikit garam 5gm daun ketumbar Air secukupnya 250ml Susu cair 4 batang lobak merah (100gm) 15gm minyak masak 20gm minyak sapi 5gm daun pandan Bahan tumis: 60gm bawang merah 40gm bawang besar 20gm bawang putih 10gm halia 5gm kulit kayu manis 5gm bunga lawang 5gm buah pelaga 5gm cengkih 8gm rermpah briyani Bahan lain- 50gm kismis 25gm daun sup 25gm bawang goreng Cara memasak- 1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun pandan. 2. Tumis hingga harum dan bawang layu dan wangi. 3. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang.  Gaul rata dan goreng udang hingga kemerahan. 4. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. 5. Alihkan beras dan rempah ke dalam periuk nasi, campurkan air dan susu cair. 6. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. 7. Masak nasi seperti biasa....

cuba

Dinonsul Mangga

Dinonsul Mangga Bahan-bahan- 80gm ikan bilis (dibersihkan) 5 biji cili padi (dipotong kecil) 3 biji mangga muda (dikupas kulit dan isinya diracik halus) 1 biji cili merah (dihiris) 1 sudu kecil gula pasir 1 sudu teh garam 5gm daun selasih (daunnya sahaja) 1 biji tomato (dipotong nipis) 1/2 biji bawang merah (dihiris) 5 biji limau (ambil jusnya sahaja dan boleh digantikan dengan cuka) Cara memasak- 1. Sangai ikan bilis sehingga kering dan kekuninggan. 2. tumbuk ikan bilis kasar-kasar. 3. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan, sedia untuk dihidang. Nota-    Masakan ini merupakan makanan tradisi kaum Momogun dari suku Rungus di Sabah.  Ikan bilis boleh digantikan dengan ikan masin yang dibakar dengan kayu api.  Ppenggunaan mangga boleh digantikan dengan peria. Rujukan- 1. Enuvung Manisa, resepimomogunrungus.blogsport.com 2. sibergirlmyexcel11.blogsport.com

Dalca Sayur (vegetable Dal)

  Dalca Sayur Bahan kisar- 3 biji bawang merah 2 biji bawang putih sedikit halia Bahan lain- 1 biji terung 1 biji ubi keledek atau ubi kentang (dipotong dadu kecil) 1 biji lobak merah (potong memanjang) 10gm kacang panjang (potong memanjang) 1 biji tomato (potong 4) 1 biji cili merah (potong memanjang 2) 50gm kacang dal (direndam semalaman) sedikit bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. 3 sudu besar serbuk kari daging Sedikit air asam jawa Sedikit serbuk perasa ikan bilis Garam, gula  1 mangkuk tulang ayam 1 kotak kecil santan (200ml) 2 tangkai daun kari Cara memasak- 1. Rebus kacang dal hingga empuk dan kisar kasar kacang dal ini. 2. Tumis bahan kisar dengan bunga lawang dan kulit kayu manis. 3. Masukkan serbuk kari daging dan tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan air, ayam dan kacang dal, santan, kentang, ubi keledek dan lobak merah), masak sehingga empuk. 5. Masukkan terung dan bahan lain. 6. Perasakan dengan air asam jawa, garam, gula perang dan sedikit kiub ik...

Manuk Pansoh

Manuk Pansoh Bahan-bahan- 1 ruas buluh lemang 1/2 ekor ayam (dipotong ketulan kecil) 1/2 cawan air 3 ulas bawang putih 2 biji bawang merah 2-3 kuntum bunga kantan 3cm halia 3 batang serai 2-3 biji cili merah (jika suka) secekak pucuk ubi (diramas) sedikit daun kesum 3cm lengkuas 1 tangkai batang tepus Cara memasak- 1. Sediakan bara api seperti bara untuk membakar lemang. 2. Bersihkan buluh terlebih dahulu dan rendam buluh untuk memudahkan proses memasak. 3. Bawang ditumbuk lumat dan bahan lain dipotong halus. 4. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan bahan yang lain.  Ayam perlu diperap selama 1-2 jam sebelum dimasak. 5. Masukkan ayam ke dalam buluh, jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air. 6. Tutup bahagian atas buluh dengan pucuk ubi, bakar buluh dalam masa 1/2 jam. 7.  Biarkan sehingga asap didihan keluar dari penutup buluh. 8. Siap untuk dihidangkan. Nota-   Ayam pansoh (manok pansuh) merupakan masakan yang digemari di kalangan rakyat di Sarawak dan Kalimanta...

Mee Kolok

  Mee Kolok Bahan-bahan untuk mee- 1 gulung mi kering (mi sanggul atau yee mee) 3 ulas bawang putih (dihiris) 2 sudu besar minyak masak 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar kicap cair 1 mangkuk kicap manis 4 helai daun sawi (potong 1inci) Sedikit cuka minyak bawang putih 1/2 labu bawang besar (potong halus) Bahan hiasan- daun bawang, daun sup dan bawang goreng (hiasan) taugeh sawi (celur) fish cake Hirisan daging atau ayam tomato yang dihiris Bahan Sos (dikisar sebati)- 1 genggam cili padi 1 mangkuk kecil sos cili Bahan untuk cili kicap- 10 biji cili padi 4 ulas bawang putih sedikit perahan jus limau sedikit kicap sedikit garam Bahan untuk sup- 1/2 cawan daging atau ayam rebus dipotong nipis(rebus dengan 1 kiub ayam maggi) sedikit serbuk lada hitam 2-3 kiub pati lembu Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) Sup bunjut 3 cawan air rebusan daging/ayam garam, gula, lada sulah dan serbuk perasa sebatang halia diketuk Cara Me...

Kuih Panjaram

  Kuih Panjaram Bahan-bahan- 2 cawan tepung beras (cap 3 gajah) 2 cawan tepung gandum (cap ros) 1 cawan gula merah (hancur) 1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan saja) 2 - 21/2 cawan air (ikut kesesuaian) 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam minyak untuk menggoreng  100ml santan Cara memasak- 1. Masak gula merah dan gula putih dengan air hingga gula larut.  Boleh letakkan daun pandan untuk mewangikan masakan. 2. Satukan tepung gandum dan tepung beras serta garam. 3. Tuang air gula merah sedikit demi sedikit dan sebatikan adunan. 4. Adunan perlu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 5. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang halus.  Pukul adunan sehingga berbuih menggunakan "whisk". 6. Tutup adunan dan perap 4 jam pada suhu bilik.  Untuk lebih cantik perap adunan semalaman.  Boleh perap di dalam peti sejuk. 7. Panaskan minyak (sedikit) dalam kuali dengan api yang perlahan. 8. tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia maasak dan memb...