Posts

Mee goreng mamak

Image
Mee goreng mamak- Hidangan masakan ini amat terkenal bgi masyarakat sebelah utara semenanjung terutamanya Pulau Pinang dan Kedah.  Keenakkan dan keunikkan rasa mee goreng mamak memang tiada taranya kerana cara memasaknya yang unik dengan campuran berbagai bahan dan sos buatan yang tersendiri. Antara bahan utama yang diperlukan bagi memasak mee mamak ini adalah mee kuning, telur, tauge, sawi, kucai, kentang, limau nipis dan cili kisar.  Bahan tambahan yang sering dimasukkan ke dalam hidangan mee mamak ini termasuklah kicap manis, kicap pekat, serbuk kari dan bahan perasa seperti garam dan gula. Bahan-bahan- 1/2 biji bawang besar (hiris nipis) 3 ulas bawang putih (hiris nipis) 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar serbuk kari daging 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat 1 batang lobak merah (dihiris nipis dan bulat) 1/2 cawan air 1 bungkus mee kuning 2 biji telur ayam 1 biji tomato (dipotong 4) 1 cawan tauge 1/2 cawan air r...

Karipap ubi kentang

Image
  Bahan Kulit karipap: 2 cawan  tepung gandum 3 camb.  marjerin (dicairkan) 5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap) Sedikit air dan garam Bahan inti: 300 gm isi ayam (dipotong dadu kecil) 1 biji bawang holland (dipotong dadu kecil) 6-7 biji ubi kentang (dipotong dadu kecil) 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 2 tangkai daun kari 3-4 sudu besar serbuk kari ayam/ daging (dibancuh dgn sedikit air) 1-2 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 kiub pati ayam 1-2 sudu besar gula garam secukup rasa daun sup Cara membuat kulit karipap: 1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati. 2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati. 3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan. Cara membuat inti karipap: 4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas. 5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  K...

Jalebi

Image
  Jalebi merupakan antara kuih wajib yang akan dihidangkan ketika musim perayaan masyarakat India, selain dari muruku dan laddu.  Bentuk Jalaebi sama seperti muruku dan membezakannya Jalebi merupakan sejenis kuih yang manis. Jalebi berbentuk seperti muruku tetapi bersaiz lebih kecil, berwarna kuning keemasan dan bertekstur kenyal dan mempunyai rasa yang agak manis.  Jalebi digoreng dalam bentuk muruku atau pretzel bulat dan kemudiannya akan direndam sebentar di dalam air gula saffron dan kemudiannya dikeringkaan. Bahan-bahan untuk doh- 1 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum 2 - 3 sudu besar tepung jagung 1/2 cawan air 1/4 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning secubit garam 1/2 cawan dadih/ yogurt 1/2 sudu teh baking soda 1 sudu besar minyak sapi (dicairkan) minyak untuk menggoreng Bahan untuk sirap gula- 1 cawan gula 1 sudu teh jus lemon 1 cubit safrron 1/2 cawan air/ air mawar 2-3 biji buah pelaga Cara memasak- 1. Campurkan tepung, serbuk penaik, minyak sapi, air, serbu...

Tangyuan

Image
Masakan bagi menu Tangyuan ini merupakan sejenis masakan makanan tradisi bagi masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.  Secara tradisinya, tangyuan ini dimakan ketika musim perayaan sambutan Yuanxiao atau lebih dikenali sebagai Chap Goh Meh.   Mengikut cerita sejarah, Tangyuan ini mempunyai beberapa nama yang digunapakai bagi merujuk kepada Tangyuan.  Antaranya ia dikenali sebagai "Yuanxiao" (merujuk kepada perayaan Chap Goh Meh); digunapakai di bahagian China Utara semasa era pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja Yongle.  "Yuanxiao" ini secara amnya membawa maksud "Selamat malam pertama", berdasarkan kepada "bulan purnama" pertama selepas "Tahun Baru Cina". Di China Selatan, Tangyuan ini dikenali sebagai "Tangtuan".  Mengikut kisah lama semasa pemerintahan Yuan Shikai (1912 - 1916), penduduk setempat tidak menyukai nama "Yuanxiao" kerana ia disebut sebagai "Yuan" atau "mengeluarkan yuan...

Daging masak hitam bersama sayur brokoli

Image
Gabungan masakan daging dan sayuran merupakan kombinasi sejenis hidangan yang lengkap dan amat mudah untuk disediakan selain dapat menjimatkan masa dari perlu menyediakan berbagai jenis hidangan bagi mendapatkan satu hidangan lengkap.  Masakan ini amat mudah untuk disediakan dan amat sesuai untuk dihidangan sebagai santapan keluarga kerana ia boleh dijamah oleh semua peringkat umur. Resepi- 1 ketul brokoli (sederhana besar) 1 biji bawang holland (dimayang halus) 2-3 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)2-4 sudu besar minyak masak bahan perasa garam, gula dan serbuk perasa 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) 1 kg daging lembu (dipotong sederhana nipis) Bahan perapan- 3 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar minyak bijan 4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar) 1 inci halia (ditumbuk kasar atau dimayang halus) 2 sudu besar serbuk lada hitam Cara memasak- 1. Perap daging dengan bahan perapan selama 1 jam atau pun semalaman. 2. Panaskan minyak, mas...

Club Sandwich

Image
  Resepi- 3 keping roti (white bread) 2 keping chicken ham  1 biji telur 2 keping cheese slice 4 hirisan tomato daun salad beberapa hirisan timun Butter spread Cara memasak- 1. Toastkan kepingan roti menggunakan toaster atau sandwich maker anggaran sehingga kekuningan. 2. Sapukan roti yang telah dibakar dengan butter atau sebarang butter spread. 3. Susun roti di atas permukaan yang rata. 4. Goreng dengan sedikit minyak chicken ham.  Kemudian goreng pula telur, kedua-duannya menggunakan minyak yang sedikit. 5. Lapisan yang pertama roti, letak salad, tomato, timun, chicken ham dan keju. 6. Lapisan kedua, letak salad, timun, tomato, slice cheese dan telur. 7. Lapiskan dengan roti yang ketiga untuk lapisan seterusnya. 8. Potong roti sama ada melintang atau selari lurus. Nota- 1. Club sandwich boleh juga dihidangkan dengan cara tanpa membakar kepingan roti itu. 2. Chicken ham ialah kepingan daging terproses yang boleh dibeli dan diperolehi di kedai pasaraya. 3. Chicken ham bol...

Fruit Salad

Image
 Fruit Salad Fruit Ingredients- You can make a choose from a variety of fruits such: 2 cups cubed fresh pineapple 2 cups strawberries (hulled and sliced) 3 nos kiwi (peeled and sliced) 3 nos bananas (sliced) 2 nos oranges ( peeled and cut into wedges) 1 cup grapes 2 cups Blueberries 2 nos manggo (peeled and cut) 1/2 nos watermelon (peeled and cut) Sauce ingredients- 2/3 cup fresh orange juice 1/3 cup fresh lemon juices 1/3 cup brown sugar 1/2 teaspoon grated orange 1/2 teaspoon lemon zests 2-3 tablespoon yogurt 1 teaspoon vanila extract Additional ingredients- Nuts such pistachio, walnut and nib almonds Mint leaves Method- 1. Make a sauce on the stove or just mix it a rooms temperature. 2. Arrange the fruit in a basket, and pour the sauce over them. 3. Mix fruit with sauce till it combine, cover and refrigerate to allow the flavors to meld. Prep time- 25 minutes Cook time - 5 minutes Serving - 10 pax Notes- Fruit salad is perfect for any occasion.  This salad is tastier t...