Ayam masak merah
Bahan:
1/2 ekor ayam
Sedikit garam dan kunyit
4 - 5 biji cili kering (direndam dan dikisar halus)
1 cm halia ) dikisar
2 ulas bawang putih )
1 labu bawang besar)
1 biji tomato (potong dadu)
1/2 cawan sos tomato
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
kacang peas secukupnya
1 bungkus cili boh
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam. Potong kecil dan gaulkan bersama garam dan kunyit.
2. Goreng ayam 2/3 masak.
3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, dan pecah minyak.
4. Masukkan sos tomato dan buah tomato.
5. Masukkan ayam, biar sehingga kuah pekat.
6. Masukkan bahan selebihnya, kacau sebati. hidangkan.
Comments
bahan kisar :
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
segenggam cili kering
bahan lain:
1 ekor ayam potong 14
garam
gula
1/2 bawang besar (hiris)
1 batang serai (diketuk)
cara:
1.Goreng ayam separuh masak.
2.panaskan minyak untuk menumis bahan yg dikisar
3.masukkan bahan yang di kisar sehingga pecah minyak dan masukkan serai
4.setelah itu masukkan ayam yang separuh masak tadi
5. tunggu masak dan masukkan bawang yg dihiris tadi
6. siap dihidang
terima kasih (2019274368)
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
Kunyit serbuk
Cili kering
1 biji bawang besar
1 batang serai
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Garam dan gula
Cara memasak :
1 . Basuh dan gaulkan ayam dengan kunyit dan garam .
2 . Goreng ayam 3/4 masak
3 . Kisarkan bawang besar , cili kering dan serai
4 . Panas kan minyak dan tumis kan bahan kisar .
5 . Masukkan sos tiram , sos tomato dan sos cili
6 . Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa .
Ayam Masak Merah,
Bahan-bahan yang saya ketahui daripada ibu saya ialah 1 ekor ayam, 6 biji cili merah dikisar, 15 biji cili kering dikisar, 3 bawang putih dikisar, 6 biji bawang merah kecil dikisar, 2 kulit kayu manis,3 buah pelagda, 3 bunga cengkih, 3 bunga lawang. Cara membuatnya ialah lumurkan ayam dengan sedikit garam dengan serebuk kunyit, goreng hingga 90% masak, tos dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar kemudian kacau rata dengan menggunakan api perlahan sehingga cili masak sepenuhnya dan pecah minyak. Masukkan sos tomato, 4 sudu gula, garam secukup rasa. masukkan ayam kemudian kacau sehingga ayam masak sehingga kuah pecah minyak. Tips yang saya dapat daripada ibu saya ialah 3 sekawan dapat membangkitkan aroma dalam masakan.
RESEPI AYAM MASAK MERAH DARI SAYA IALAH :(2019224166)
BAHAN-BAHAN:
-Minyak sapi (6 sudu besar)
-Kulit kayu manis (1cm)
-Bunga cengkih (4 kuntum)
-Buah pelaga (4 biji)
-Air (125ml)
-Ayam (1kg),dibelah 12 dan digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng sampai masak dan diasingkan.
-Kismis (125g),dicincang halus
-Sos tomato (250 ml)
-Madu (3 sudu besar)
-Serai (1 batang,dititik)
-Lengkuas (1 cm,dititik)
-Garam secukup rasa
-Bijan (2 sudu kecil),digoreng tanpa minyak
-Daun pudina (1 tangkai)
DIKISAR HALUS:
-Bawang merah (8 ulas)
-Bawang putih (2 ulas)
-Halia (2cm,dikupas)
-Serai(1 batang)
-Cili kering (15 Tangkai,direndam dalam air panas dan ditoskan)
CARA:
1)Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kulit kayu manis,cengkih dan buah pelaga serta rempah yang telah dikisar.
2)Kacau sehingga bahan tumisan berbau wangi,masukkan sedikir air ,ayam yang telah digoreng,kismis hitam,sos tomato serta madu.Kemudian,masukkan serai,lengkuas dan garam.Masak sehingga ayam empuk.
3)Sebelum diangkat ,taburkan bijan diatasnya bersama dengan daun pudina.
(2019224166)
(2019842608)
Cara saya memasak ayam masak merah ialah dengan memotong ayam dengan potongan kecil,masak ayam(tidak terlalu masak) kemudian,tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.kemudian, masukkan ayam Dan gaul sehingga sebati.