Almond Jelly

Almond Jelly


Bahan-
500ml susu sejat Ideal
200ml air
3 1/2 camb gula pasir
1 paket Jelly powder
3-4 titik esen badam

Hiasan-
1 tin laici
ceri merah
buah-buahan

Cara memasak-
1. Masukkan susu, air gula, dan serbuk jelly ke dlaam periuk.  Kacau rata di atas api yang sederhana sehingga mendidih.
2. Tutup api dan masukkan esen badam dan kemudian tuangkan ke dalam acuan.
3. Sejukkan adunan, bila telah mengeras adunan bolehlah dipotong dan dihidangkan bersama buahan-buahan.

Comments

2019413662 said…
bahan-bahan:
-3/4 sudu teh serbuk jelly
-gula secukupnya(anggarkan sampai rasa manis)
-beberapa titik cecair almond
-1 tin lychee
-300ml susu cair
-200ml air

cara memasak:
1.panaskan air di dalam sauce pot dan masukkan 3/4 sudu teh serbuk jelly dan kacau sehingga sebati.
2.apabila air sudah mendidih,masukkan gula secukup rasa dan tuangkan susu cair
3.padamkan api,kemudian tambahkan cecair almond dan tuangkan ke dalam dulang atau mangkuk yang sesuai
4.masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan
5.apabila cecair sudah membentuk agar-agar,potongkan menjadi bentuk dadu
6.letakkan agar-agar ke dalam mangkuk dan tuangkan laici ke dalam mangkuk yang sama
7.simpan agar-agar yang telah siap kedalam peti ais semula dan biarkan sehingga ia sejuk.

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh