Udang Masak Lemak
Udang Masak Lemak Nanas
Bahan:
1 kgUdang sederhana besar
1/2 biji nenas
1 batang serai (diketuk)
10 biji bawang merah (dicincang)
10 biji cili merah (dihiris halus)
60gm pes cili kering
50gm kuniy (ditumbuk)
3 helai daun limau purut
1 biji kelapa (diambil santannya)
Sedikit garam
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis serai, bawang, cli merah, pes cili dan kunyit.
2. Setelah naik bau, masukkan santan, udang dan nanas yang telah siap dihiris nipis.
3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan daun limau purut untuk menaikkan baunya.
4. Kacau rata sehingga sebati dan kuah agak pekat sedikit. Hidangkan.
Comments
(2019842608)
Cara family saya memasak udang masak lemak ialah dengan menumis bahan kisar seperti bawang, cili,pes cili sehingga naik bau,kemudian masukkan serai dan kunyit setelah naik bau masukkan santan,udang Dan nanas,kemudian masukkan daun limau purut Dan kacau sehingga kuah sedikit pekat..