Posts

Showing posts from 2015

Nasi Bubur Daging

Image
Nasi Bubur Daging   Bahan –             80         gm                    Beras (dibersihkan dan direndam selama 1 jam)             800       ml                     Air             1           tin                     Susu Sejat F&N             2           camb.            ...

Bubur pulut hitam

Image
Bahan-Bahan: 1 1/2 cawan pulut hitam 6 cawan air, untuk merebus pulut 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair) 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul 3/4 cawan gula putih 1/2 ketul gula melaka garam secukup rasa 1 sudu besar tepung jagung Cara Penyediaan: Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tips : Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan m...

Masak lemak sayur manis labu

Image
  BAHAN-BAHAN: 500 ml santan cair 250 ml santan pekat 30 gm udang kering | dikisar 3 ulas bawang merah | dikisar 12 tangkai pucuk manis | ambil bahagian mudanya 1 batang serai | dititik 1 helai daun kunyit 1 biji bawang besar | dihiris 1 biji cili merah | dihiris 1 biji cili hijau | dihiris 1 biji tomato | dipotong empat Garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Didihkan santan bersama dengan serai dan bawang merah. 2. Setelah itu masukkan udang kering dan labu. Masak sehingga labu empuk. 3. Kemudian masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam. 4. Masukkan pucuk manis dan masukkan juga bawang besar, tomato, cili merah dan cili hijau. Masak sehingga sayur layu. 5. Sedia untuk dihidang.

Ikan cencaru Sumbat

Image
Bahan-Bahan: 4 ekor ikan cencaru sedikit garam sedikit kunyit minyak untuk menggoreng 1 senduk minyak masak, untuk menumis sambal kisar   Bahan untuk dikisar atau ditumbuk halus: 3 sudu besar cili kisar 3 ulas bawang putih 5 biji bawang merah 1 inci belacan bakar 1 inci halia 1 sudu besar jus pekat asam jawa 1 batang serai, optional 1 sudu besar gula pasir atau gula melaka garam secukupnya Cara-cara untuk memasak:   Bersihkan cencaru dengan cara belah belakang, tanpa belah di hadapan atau bahagian perut. Lumurkan garam dan kunyit ke atas ikan. Sumbatkan sambal yang dimasak ke dalam perut ikan secukupnya. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Cara-cara untuk masak sambal:   1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pekat dan pecah minyak. Angkat dan sejulkan.

Laddu

Image
  Bahan: Secubit garam 2 cawan gula pasir 2 cawan santan pekat ½ camca esen vanila 1 cawan beras pulut, direndang & digiling halus 1 biji kelapa, diparut, direndang & digiling halus ¼ cawan gula melaka yang telah dicairkan 2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan Bahan-bahan tabur: 1 cawan santan 1 camca gula merah yang telah dicairkan 1 camca gula pasir 2 camca tepung jagung Cara memasak:   Campurkan santan, gula pasir, gula melaka, garam, esen vanila & daun pandan dalam sebuah periuk. Masak hingga mendidih & gula hancur. Didihkan dengan kuat selama 2-3 minit. Kecilkan api. Masukkan pulut & kelapa yang telah digiling tadi. Masaklah dengan dikacau perlahan-lahan hinga campuran itu menjadi sangat pekat & kental. Tuangkan ke atas kertas berlilin & ratakan supaya menjadi lapisan tebal 2.5 cm. Ratakan permukaannya. Biarkan ia beku. Cara membuat tabur: Satukan semua bahan dalam sebuah kuali. Pa...

Ikan kurau masak asam

Image
BAHAN-BAHAN: 200gm ikan kuraul dibasuh dan ditoskan 2 biji bawang besar | dihiris halus 3 ulas bawang putih | dihiris halus 5 biji cili kering l dipotong 2cm halia l dihiris Air asam jawa secukupnya Gula secukup rasa Minyak untuk menumis secukupnya   CARA MEMASAK:  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng ikan masin talang sehingga garing. Angkat dan       toskan. 2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga layu. 3. Selepas itu masukkan cili kering. Gaul rata. 4. Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa. Kacau sehingga mendidih dan pekat. 5. Masukkan ikan masin talang dan gaul sebati. 6. Angkat dan sedia dinikmati dengan nasi panas.

Bubur lambuk

Image
Bubur Lambuk Ala Kampung Baru  Bahan-Bahan: 2 cawan beras [basuh dan toskan] 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat 1/2 kg daging tetel [potong kecil] 2 s/b minyak sapi 3 s/b minyak 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan] garam/gula secukup rasa air 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat] 1 cawan bawang goreng 4 ulas bawang putih [dimayang] 2 biji bawang besar [dimayang] 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis] Rempah tumis : 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba 2 biji buah keras [ditumbuk] Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus] 1 sudukecil jintah manis (atau jintan putih) 1 sudukecil ketumbar 1 sudukecil lada sulah 1 sudukecil lada hitam Bahan-bahan sampingan [optional] : 2 batang carrot dipotong dadu 1/2 cawan kurma dibuang biji bahan hiasan [mayang] 3 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang Bawang goreng Cara-cara memasak...

Sup tauhu sumbat inti daging

Image
Bahan : Tauhu - dipotong dua secara serong Isi Ayam/daging lembu - cincang Karot, daun sup dan cili merah - dihiris halus Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga) Bawang merah dan putih - dihiris Cara: - Tauhu digaul dgn garam kunyit dan goreng.  Korek isi tauhu. - Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn garam. - Sumbat isi ayam ke dalam tauhu tadi. - Tumis bawang dan rempah penumis hingga naik bau. Masukkan air. Bila sudah mendidih,    masukkan tauhu sumbat tadi. Jika ada lebihan isi ayam tadi bulatkan menjadi bebola dan blh    dimasukkan sekali ke dalam sup. - Perasakan dgn garam.

Kuih cara berlauk

Image
Bahan bahan : a) Adunan Tepung     1 cawan tepung gandum     1 biji telur     1 sudu kecil minyak sapi     1/2 sudu kecil garam     2 cawan air     sedikit pewarna kuning Cara cara : Adun semua bahan hingga sebati @ blend je. b) inti kuih cara:     200gram daging/ayam - dikisar     2 labu bawang besar- racik halus     3 biji bawang kecil - potong mayang     1 ulas/biji bawang putih - dipotong mayang     1 1/2 sudu besar rempah rendang adabi     1 sudu kecil serbuk kari     garam gula dan perasa secukupnya     sedikit minyak utk menumis Cara cara 1.   Panaskan minyak dan tumis bwang merah dan putih hingga kekuning-kuningan.   2.   Kemudian masukkan rempah kari da n remp ah re...

agar-agar laici

Image
RESEPI PUDING LAICI Source : Chef Hanieliza Bahan-bahan 10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa 6 gelas air 11/2 cawan gula 1 tin susu cair 1 tin laici dalam tin (koyak-koyakkan laici tersebut menjadi halus) 1 tin laici [untuk hiasan] Cara-cara Masakkan agar-agar, air dan gula sehingga mendidih. Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Tuangkan dalam acuan dan disejukkan. Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi. Version agar-agar laici 2  1 paket agar2 serbuk (10gm) 5 cawan air 8 sudu besar gula 1 tin susu cair (400ml) 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin 1 helai daun pandan   Cara memasak- - Sama seperti kaedah di atas.

Vadai

Image
BAHAN-BAHANNYA : 250 gram kacang dhal (cuci dan rendam 4 jam) 1 biji bawang besar, (dadu kecil) 1 camca teh jintan manis 2 tangkai cili kering, (gunting kecil2) 1 tangkai daun kari Garam secukup rasa CARA MEMBUATNYA :   1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga separa hancur,Tuang ke dalam bekas. 2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari . Gaul rata dan tambah garam      secukup rasa. Biar sekejap. 3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca     besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik     dan juga disapu sedikit minyak. 4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.  5. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi     menambah aroma.

Kari daging

Image
                            KARI DAGING UTARA Resepi Oleh :  Sajian Dapur Bonda Rujukkan :  Singgahsana Kitchen 1/2 kg daging batang pinang ~ potong kecil atau hiris sederhana nipis 1 cawan santan pekat ~ ita letak 1/2 cawan 4 biji cili hijau 1 biji bawang besar ~ belah 4 3 keping asam gelugur asir secukupnya 3 biji ubi kentang ~ potong garam dan gula secukup rasa minyak untuk menumis Bahan Kisar 1 sudu besar rempah kari masak merah ~ kalau tak ada guna rempah kari daging BABAS 1/2 sudu besar jintan manis ~ ita sangai dahulu 1/2 sudu besar jintan putih ~ ita sangai dahulu 1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecil dalam 5 ulas 3 ulas bawang putih 1 inc halia Bahan Tumis 1 labu bawang besar ~ hiris halus 3 ulas bawang putih ~ di cincang 2 inc halia ~ hiris halus ita ketuk aje 3 tangkai daun kari ~ di raut 1 batang k...

lontong

Image
Antara masakan fabret saya.... tapi bab nak membuat tak berapa nak rajin sebab nak kena buat mise-place yang segala bagai.  So pada sesapa yang dah siap memasak nie bolehlah jemput saya makan sekali ya.... Resepi: 1/2 biji kobis 1 biji karot kacang panjang  tempe- dipotong dan di goreng sebentar. Sengkuang  1 paket suhun ( 50 g ) 1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g) 100 g udang basah (udang kering pun boleh) 1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat ) garam secukup rasa Bahan kisar 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 4 biji cili merah 1 inci kunyit hidup 3/4 inci halia 3/4 inci lengkuas (ketuk) 1 batang serai (ketuk) Cara penyediaan 1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong memanjang. 2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak. 2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih. 3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan ud...

Soto Banjar

Image
Resepi nie, senang je nak buat sebenarnya.  yang jadi tak berapa nak rajin kalau nak disediakan sebagai 1 hidangan lengkap.  Sebagai 1 hidangan lengkap, soto nie mesti ada sambalnya dan yang paling penting pergedil. Bahan Sup Soto-  1/4 ekor ayam  2 liter air *5-6 daun limau purut (tak ada pun tak apa) Bahan untuk diikat dalam kain kasa/bungkus: 1 batang kulit kayu manis 4 biji cengkih 1/2 biji buah pala 3 biji bunga lawang-  3 biji pelaga * Kalau nak mudah gunakan saja rempah sup bunjut tu. Bahan kisar: 5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih Garam Serbuk lada putih     Bahan Tambahan: Suhun putih, direndam dalam air panas hingga lembut Telur rebus Ketupat/nasi impit Begedil kentang/begedil daging Bawang goreng Daun sup/saleri Sambal kicap Isi ayam yang disiat (direbus terlebih dahulu) Limau kasturi Cara: 1. Rebus ayam dan daun limau purut dalam air bersama bahan dalam kain k...

Cendawan goreng tepung

Image
Ini febret anak saya yang sulung.  Wah! kalau dia nampak dalam freeze ada cendawan nie pun dah cukup buat dia senyum lebar, kalau digoreng ranggup camnie apatah lagi.  Habis nasi dalam periukpun xsedar dikerjakannya. Bahan-bahan : cendawan  cuci 1 cawan tepung gandum 2 sudu tepung beras 1 cawan air sejuk (dalam peti ais tu) 1 sudu besar tepung jagung 2 camb. tepung tempura Sedikit lada sulah Garam secukupnya -  Adun sebati semua jenis tepung, kepekatan perlu untuk memastikan ketebalan dan     keranggupannya  nanti.   -  panaskan minyak , cukup-cukup untuk goreng cendawan dan tenggelam kan cendawan tu , celup    cendawan dalam tepung dan goreng sampai kekuning-kuningan. -  Angkat dan toskan ..boleh lah makan dengan sos atau mayonis

Nasi Daging

Image
Nasi daging air asam merupakan makanan traditional dari utara Malaysia (Kedah dan Perlis).  Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau ketika kenduri kendara.  Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, daging perlu direbus lama (anggaran 2-3 jam).   Saya bukannya rajin sangat nak ke dapur buat makanan yang sedap2 camnie.   Malahan nasi daging nie tak pernah saya buat sebelum nie.  Tapi bila makan nasi nie di sebuah majlis kenduri kahwin kenalan.  Hati terus memikir "balik karang nak cari resepilah, nak try buat kat rumah pula".  Konon.... Bila dah kenyang, sampai rumah.... angan tadi ke laut.  Kebetulan raya kali nie, mama tak sihat.  So terpaksalah merajinkan diri ke dapur.  Tengok kat dapur banyak daging dari ayam.  Hi..hi.. sebabnya papa saya alah makan ayam.  Terus jem kepala.   Kalau ayam tu senang sikit nak dijadikan menu utama.  Macam2 resepi boleh buat; paling malaspun boleh buat nas...

kerabu sotong

Image
Kerabu sotong nie ada banyak version.  Ini version pertama kita buat ala Thai. Bahan-bahan : 10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap Bahan dimayang: 2 ulas bawang merah 1/2 biji bawang besar holland 2 batang serai   Cili besar @ cili padi  6 batang kacang panjang - potong nipis 2 biji tomato - potong dadu 2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus Garam dan gula secukup rasa Cara-cara : 1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus.  2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata. 3) Siap untuk di hidangkan. Ini pula version yang paling saya suka. Bahan-bahan: 400 gm sotong 1 ulas bawang besar – dimayang 1 biji tomato – dipotong dadu 1 biji lada merah 3 biji cili padi 3 batang serai 2 kuntum bunga kantan 4 tangkai daun kesum 5 sudu besar sos ikan 6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan Garam dan gula secukup rasa. Cara-cara: Sama je cara cam resepi ka...

Pulut mangga

Image
Bahan A 2 cawan beras pulut Air separas beras pulut Bahan B 1 kotak kecik santan segera 2 cawan air 1 camb. tepung jagung 1 camt. garam 4 camb. gula 1 helai daun pandan Bahan C 4 biji Mangga yang ranum Cara penyediaan : 1.  Cuci beras pulut , masukkan air dan kukus di dalam loyang sehingga masak. 2.  Sambil itu, masak santan dengan api yang kecil selama 1minit, kemudian masukkan tepung      jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut.  Padamkan api. 3.  Setelah masak bancuhan santan, masukkan sedikit santan (sekadar untuk memalutkan pulut      tersebut) dalam pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan.Biar sejuk. 4.  Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda.Hidangkan dengan pulut dan santan.

Ayam goreng berempah

Image
Ayam Goreng Berempah Sedap Bahan-bahan : 1/2 ekor ayam - potong kecil 1-2 sudu besar serbuk kari daging Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal) Garam secukup rasa Beberapa helai daun limau purut - diracik halus Minyak untuk menggoreng Bahan Kisar Halus: 2 sudu besar biji ketumbar 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Bahan Kisar Kasar: 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit) 2 batang serai Cara penyediaan: Basuh ayam dan potong kecil. Toskan. Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.  Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana. Dan bila garing, dibalik balikan supaya ianya masak rata.   Angkat ...

Asam Pedas

Image
  Ini resepi yg diambil dari Dapur tanpa sempadan www.tiffinbiru.com version Asam pedas ikan kembung BAHAN-BAHANNYA :-) 3 - 4 ekor ikan kembong saiz besar 10 batang bendi, cuci dan toskan 15 biji tomato ceri 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1 1 genggam daun kesom, cuci dant toskan 1 1/2 senduk nasi cili kisar 3/4 camca teh lada hitam, tumbuk halus 1 kiub pati ikan bilis 3 biji bawang merah, hiris 1 ulas bawang putih, hiris 3/4 camca besar pes asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 8 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 2 keping hirisan halia 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci belacan 2 biji cili merah, dibuang biji CARA MEMBUATNYA :-) Ikan disiang, cuci bersih dan toskan (terpulang pada anda sama ada nak kerat dua ikan tadi atau tidak, che mat biarkan saja seko2). Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan), tums hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan perang. Masukkan bahan2 kis...

Cik mek molek

Image
Bahan bahan 4 biji Ubi keledek oren Tepung gandum secukupnya Sedikit gula Cara cara: Rebus ubi sampai empuk. Lenyekkan. Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. Agak agak lah kelembutan adunannya. Kalau terlebih gandum, adunan menjadi keras.   Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur.  Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng.  Angkat bila kekuningan.

Contoh hidangan lengkap Nasi lemak

Image
Bagi sesiapa yang baru nak berjinak dengan dunia masakan especially catering.  Mungkin cara hindangan ini dapat membantu anda.

Sambal telur

Image
Sambal telur Bahan: beberapa biji telur yang direbus 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 ketul halia dihiris halus bebrapa sudu makan cili kisar sedikit garam dan gula. Cara memasak: 1.  Kisar semua bahan, tumis sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili dan serbuk perasa, masak hingga pecah minyak. 3.  Masukkan telur (yg telah digoreng terlebih dahulu), kacau sebati dan angkat.

Nasi Dagang

Image
Resepi Nasi Dagang Terengganu: Bahan-bahan untuk Nasi: - NASI DAGANG TERENGGANU BAHAN-BAHANNYA :-) 2 cawan penuh beras wangi* (Beras nasi dagang)   1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 2 cawan santan segar 1 cawan santan cair 1/2 camca teh gula Garam secukup rasa 1 helai daun pandan 6 biji bawang merah, hiris halus 2 inci halia, mayang halus 1 camca the halba Atau 4 cawan beras biasa * – beras Jati) 1 cawan beras pulut*(*disatukan gaul rata. Cuci dan rendam semalaman atau 8 jam) 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam 1 – 1 ½ cawan santan pekat + sedikit garam 2 sudu halba 6 ulas bawang merah 2 inci halia CARA MEMBUATNYA- 1.    Panaskan kukusan. 2.   Beras wangi + beras pulut yang direndam tadi, ditoskan. Taruk dalam kukus,letakkan daun pandan dan kukus selama 25 minit.   N asi dikukus dengan santan cair hingga masak. 3.   Sementara itu, masukkan garam ...