Posts

Showing posts from 2024

Kuih Paung

Image
Kuih paung atau lebih dikenali dengan nama paung goreng trengganu atau kuih bom inti ikan, merupakan resepi tradisi negeri Trengganu yang selalu boleh dijumpai dijual di pasar pagi.  Rasanya kenyal dan ranggup serta manis ikan menaikkan lagi rasa sedap kuih ini. Bahan- 5-6 ekor ikan selayang (sardin) direbus dengan asaam keping dan garam 2 cawan santan segar 5 ulas bawang merah 1/2 inci halia dihiris halus Secubit lada hitam 1/2 sudu kecil halba 1 sudu kecil garam  1 sudu kecil gula tebu Bahan untuk kulit- 2 1/2 cawan tepung pulut 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Minyak untuk menggoreng Cara memasak- 1. Ikan direbus, dan diambil isinya sahaja. 2. Kisar isi ikan dengan bawang merah dan halia. 3. Tuang bahan kisar tadi kuali dan masak tanpa minyak sehingga ramuan agak kering. 4. Gaulkan bahan doh, rehatkan doh 1-2 jam pada suhu bilik. Pastikan bekas ditutup untuk mengelakkan doh kering. 5. Ambil sedikit doh, lebih kurang sebesar bola g...

Kuih Abok-abok Sagu

Image
Kuih abok-abok sagu merupakan sejenis kuih traditional yang menggunakan bahan memassak yang ringkas dan ia sedap dimakan ketika masih panas.   Kuih ini amat popular di negeri Johor terutamanya dalam komuniti masyarakat Jawa.  Ada sesetengah versi masakan suka mencampurkan pisang ditengah adunan sagu. Bahan memasak- 1 cawan sagu biji (direndam air) 3 air  1/2 cawan gula merah 5 sudu makan gula putih 1/2 biji kelapa parut putih Daun pisang secukupnya (layurkan atas api dan lap bersih) 1/2 sudu teh garam Cara memasak- 1. Rendam sagu dengan air sampai meresap dalam 30 minit. 2. Toskan sagu supaya tiada air yang meleleh. 3. Kemudian campurkan sagu yang ditos tadi dengan kelapa parut dan juga garam.  Gaul rata. 4. Dalam mangkuk lain, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata. 5. Ambil daun pisang, bentukkan seperti kelongsong, masukkan sagu mampatkan, kemudian masukkan gula melaka. Lapiskan semula dengan sagu. Ulang proses sehingga isi sagu dan gula melaka ...

Masak lemak cili padi daging salai

Image
Masak lemak daging salai merupakan 1 hidangan yang terkenal di Negeri Sembilan. Bahan-bahan- 1 kg daging salai (potong nipis-nipis) 15 biji belimbing buluh 4 batang serai (dititik) 1 mangkuk santan segar 3 keping asam gelugur 3 biji ubi kentang (dipotong 4) Bahan kisar- 4 ulas bawang merah 1 genggam cili padi kampung  1 inci belacan 1 inci halia 2 inci kunyit hidup Cara memasak- 1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk, tumis sebentar dan kemudiannya masukkan daging salai; kacau sebati.  Masukkan juga ubi kentang. 2. Masukkan sedikit air dan santan bersama serai dan asam keping. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Bila mendidih, masukkan belimbing dan kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga belimbing lembut. Nota masakan-    Gaulkan daging dengan garam dan kunyit.  Biarkan dalam keadaan seketul besar, kelar-kelar sedikit permukaan daging.  Bakar di atas dapur atau oven dengan suhu yang sederhana sehingga air daging kering.  Jika mengik...

Cendol pulut

Image
Cendol amat terkenal terutamanya dinegeri sebelah utara semenanjung Malaysia.  Di Pulau Pinang cendol boleh didapati dengan mudah di Penang Road atau di kedai-kedai penjaja di sekitar bangunan kedai berhampiran KOMTAR.  Aroma pandan, gula merah, santan pekat dan kacang merah cukup membangkitkan selera sesiapa sahaja. RESEPI CENDOL PULUT Bahan-bahan untuk cendol : ● 100 g tepung beras ● 2 camca besar tepung ubi ● Sedikit air kapur ● 800 ml air pandan Bahan-bahan untuk Cendol Pulut : ● 200 g gula merah ● 100 g gula pasir ● 200 ml air ● 3 helai daun pandan ● 600 ml pati santan ● Sedikit garam ● 200 g kacang merah ● 200 g jagung dalam tin ● Ais secukupnya ● 1 mangkuk (100 g) pulut siap ditanak Cara Membuat 1. Cara nak buat cendol tu, kacau tepung beras bersama tepung ubi hingga sebati. Masukkan air pandan dan air kapur. 2. Masak dalam kuali lebih senang untuk kacau dengan api yang perlahan. Sentiasa kacau sehingga berkilat dan...

Sambal belacan

Image
Bahan- 6 biji limau kasturi (dibuang biji) 50gm belacan yang telah dibakar 3 biji cili merah 1 biji cili hijau segenggam cili padi 100ml air asam jawa pekat garam dan gula secukup rasa Cara penghasilan sambal belacan- 1. Satukan semua jenis cili dan belacan dan mulakan menumbuk. 2. Bahan-bahan tadi dimasukkan sedkit demi sedikit, tumbuk sehingga sambal menjadi separuh hancur. 3. Tambahkan bahan selebihnya dan perasakan sebelum diangkat. 4. Jika menggunakan pengisar, masukkan sahaja semua bahan dan kisar separa lumat. Nota tambahan- 1. Bakar belacan sekejap supaya sambal menjadi lebih beraroma. 2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam agar sambal belacan tahan lama. 3. Penggunaan limau kasturi yang dikisar besama kulit (buang biji) akan membuatkan sambal lebih wangi dan sedap. 4. Semasa mengisar, atau menumbuk gunakan beberapa cili padi yang masih bertangkai (ini merupakan petua bagi mengelakkan sakit perut).   Rujukan- 1. rasa.my. petua buat sambal belacan

Kari kepala ikan

Image
  Kari kepala ikan sedap dimasak dengan menggunakan ikan merah, siakap, kerapu, jenahak yang dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi putih yang masih panas.  Kicap manis juga menjadi pelengkap bagi hidangan ini.  Bukan sahaja dijamah dengan nasi, kari kepala ikan juga sedap dimakan bersama lempeng, roti mamak, paratha atau roti canai. Bahan- 700gm kepala ikan merah (atau sebarang jenis ikan yang bersesuaian) Bahan untuk ditumbuk atau dihiris halus- 3 ulas bawang merah (kecil) 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/4 biji bawang besar Bawang untuk ditumis- 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil halba campur 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari (2-3 tangkai) Bahan selebihnya- 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 1 paket rempah ikan (paket kecil) 1 sudu besar serbuk cili 1 biji cili dipotong 4 10 batang bendi 2 biji tomato sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar halba campur Cara memasak- 1. Bancuh serbuk kari dan serbu...

Cucur Badak

Image
Bahan:  untuk: (30 biji saiz kecil) Untuk kulit- 4 biji keledek saiz besar 2 cawan tepung gandum garam secukupnya Cara memasak- 1. Buangkan kulit keledek, rebus hingga empuk dan masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan. 2. Setelah masak, keledek tadi dihancurkan dan dicampurkan bersama tepung gandum sehingga sebati dan sehingga adunan tidak melekat ditelapak tangan. 3.  Adunan ini bahagikan dan jadikan kepada doh-doh kecil. 4.  Masukkan inti ditengah adunan dan bulatkan kembali. 5.  Goreng dengan api yang sederhana. Untuk inti: 1 biji kelapa parut (putih sahaja) 2 cawan udang kering 4 biji bawang besar 5 batang serai 2 camt kunyit serbuk 10 biji cili kering 2 camb. minyak masak Gula dan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Kisar cili kering, serai, udang, bawang dengan sedikit air 2. Adunan di atas digaulkan bersama kelapa parut. 3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan ke dalam kuali, masak dengan api yang sederhana. 4.  K...

Sugee Halva (Kesari)

Image
Bahan- 1/2 cawan tepung suji atau tepung semolina 1/2 cawan minyak sapi 3/4 cawan gajus (dipanggang sekejap dan dicincang kasar) Sedikit kismis sultana 3 cawan air panas 1/2 cawan krim susu atau 1 cawan susu cair 1/2 cawan gula 5 biji buah pelaga pewarna kunig  esen nenas secubit garam serbuk badam kekacang seperti pistachio, gajus, badam, walnut Cara memasaknya- 1. Cairkan mentega atau minyak sapi. 2. Masukkan tepung semolina dan tuangkan susu cair, kemudian tambahkan dengan 1 tin air dan kacau rata. 3. Masak air gula secara berasingan. 4. Campurkan air gula ke dalam adunan semolina dan kacau rata. 5. Masukkan bahan-bahan lain dan tinggalkan sedikit kekacang untuk digunakan sebagai hiasan masakan. Info berkaitan masakan- Sugee atau suji halva, dikenali sebagai Alvaa oleh masyarakat Tamil.  Dikenali sebagai Kesari oleh masyarakat di India Selatan dan Karnataka.  Ia diperbuat dari bijirin semolina yang bertekstur kasar dari jenis gandum durum.  Gandum ini digunakan se...

Pengat Pisang

Image
  Pengat pisang atau dikenali juga sebagai serawa pisang dijamah ketika minum petang atau boleh juga dihidangkan ketika kenduri kendara.  Penggunaan jenis pisang juga tidak terhad kepada sejenis pisang tertentu sahaja.  Pengat pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama akan menghasilkan rasa sedap, lemak masin dan masam yang datang dari pisang tanduk tersebut.  Penggunaan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan juga boleh bagi menghasilkan pengat pisang ini. Bahan- 3-4 biji pisang tanduk 2 mangkuk santan pekat 2 mangkuk santan cair    (atau boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air) 1/2 cawan sagu (dibersihkan) 2-3 keping nisan/ gula melaka 1/3 cawan gula pasir 2 helai daun pandan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Buang kulit pisang dan hiris setebal 1-2 cm. 2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam. 3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. 4. Masukkan sagu, gula, daun pandan dan garam secukup ras...

Pai Tee

Image
  Pai Tee sangat sinonim dengan kedai makan jenama terkenal rangkaian Chicken Rice Shop.  Keranggupan kulitnya dan sesedap rasa segar ramuan intinya sangat mengujakan.  1 pinggan serasa tak cukup.  Pai tee selalunya dihidangkan sebagai hidangan minuman petang, dijamu pada hari2 sambutan perayaan dan jamuan makan. Bahan untuk kulit- 1 cawan tepung beras 2 sudu besar tepun gandum 2 sudu besar tepung jagung 1 cawan air secubit garam sebiji telur 1 sudu kecil air kapur makan Cara memasak- 1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk. 2. Panaskan minyak dan celup acuan ke dalam minyak panas tersebut. 3. Celup acuan yg telah dipanaskan tersebut kedalam ramuan kulit tadi dan celup semula ke dalam minyak panas. 4. Acuan yang terbentuk biarkan kekuningan sebelum diangkat.  5. Toskan  Bahan untuk inti- timun sengkuang lobak merah (disagat tapi saya suka dihiris nipis saja) tauge isi udang bawang putih dan bawang merah ditumbuk minyak g...

Rendang daging

Image
Bahan kisar halus- 7-8 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 inci halia 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 3 batang serai 15-20 tangkai cili kering (direbus asing) dan dikisar berasingan sedikit air Bahan untuk disangai- 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil biji jintan putih 1 sudu kecil biji jintan manis Bahan-bahan masakan yang selebihnya- 2 cawan minyak masak 1 kilo daging lembu 2 cawan santan cair 1 mangkuk santan pekat 1 keping asam keping (sederhana) 2-3 sudu besar kerisik 1-2 helaai daun kunyit 2-3 helai daun limau purut gula nisan atau gula melaka secukupnya garam dan gula secukup rasa Cara memasak- 1. Daun kunyit dibuang bahangian tengah yang keras, kemudian digulung nipis dan hiris senipisnya.  Simpan dalam bekas bertutup dan jangan biarkan kering. 2. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam anggaran 2 inci. 3. Bahan-bhan sangai, pastikan disangai sehingga naik baunya.  Kemudian bahan sangai ini dikisar halus. 4. Panaskan minyak dan masukk...

Pulut kuning

Image
Kebiasaanya pulut kuning dimakan bersama gulai atau rendang ayam dan daging, serunding, gulai telur atau boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis. Pada masa dulu pulut kuning selalunya dihidangkan bersekali dengan ayam panggang atau ayam golek dan telur rebus. Bahan pulut kuning-   5oogm beras pulut  1 sudu kecil kunyit  air secukupnya (untuk menrendam pulut)  2 cawan santan pekat  secubit garam  3-4 helai daun pandan  Cara memasak-   1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit untuk berberapa jam (4jam sekurang2nya) atau direndam semalaman bagi mendapatkan warna kuning yang cantik.  2. Toskan atau tapis pulut bagi membuang air rendaman.  3. Alas daun pisang didalam tempat pengukus dan letakkan beras pulut rata di atas daun pisang tersebut. Panaskan pengukus dan kukus pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut.  4. Angkat dan masukkan pulut ke dalam mangkuk besar.  5. Kacau santan bersama garam, dan tuang santan...

Fish and Chip

Image
Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedikit serbuk lada hitam Beberapa hirian ikan dory Sedikit lada sulah 1 paket breadcrumbs 3 biji telur Cara memasak- 1. Perasakan hirisan ikan dory dengan garam dan lada sulah.  Biarkan seketika selama 1/2      jam. 2. Panaskan minyak dan goreng ikan dory sehingga kekuningan. Bahan Potato wedges- 300gm Ubi kentang Minyak masak Sedikit garam Sedikit lada sulah Cara memasak- 1. Kupas kentang dan bersihkan. 2. Potong kentang dalam bentuk wedges dan didihkan air. 3. Rebus kentang sebentar dalam 2 minit sahaja dan sejatkan. 4. Salutkan dengan bahan perasa dan goreng sehingga kekuningan; kemudian sejatkan      minyaknya. Bahan untuk Tartar sos- 400ml mayonnaise 120gm bawang holland (dpotong dadu kecil) 120gm caper hancur 70gm daun parsley Sedkit hirisan lemon Cara memasak- 1.  Campur dan sebatikan semua bahan dan perah ...