Posts

Pulut kacau

Image
  Pulut kacau  Kuih traditional ini merupakan sejenis kuih traditional masyarakat Melayu yang diperbuat dengan tiga bahan utama iaitu beras pulut, santan dan gula.  Pulut kacau boleh diperbagaikan seperti pulut kacau berdurian, atau pulut kacau manis.  Ada juga yang memanggil kuih ini sebagai nasi manis Kelate di negeri Kelantan, pulut kucai, wajak, puluit kucai oleh masyarakat di negeri Perlis, Orang Jawa, org Negeri Sembilan, orang Johor memanggil kuih ini wajik, masyarakat di Limbang Sarawak memanggil kuih ini sebagai wajit dan kuih ini dibungkus menggunakan daun ngirik atau lerik, wajid oleh orang Trengganu, di Selangor kuih ini dipanggil wajik sirat, di Perak dikenali sebagai kuih wajek, masyarakat bugis  menamakan kuih ini sebagai wajik atau baje’atau bajek, ada sebahagian orang minang di Negeri Sembilan panggil kukuih atau pulut wajik.  Pulut kacau perlu dimasak sehingga kelihatan berkilat tekstur pulut yang dimasak. Ada yang suka makan pulut kacau y...

Ham Choi sup

Image
  Resepi Sup Ham Choi versi Sabah Bahan-bahan:                                                    1. Kepala ikan(apa-apa jenis ikan) 2. Tomato( potong dadu) 3. Tauhu kering(hiris) 4. Tauhu( potong dadu) 5. Halia(hiris) 6. 1 mangkuk air 7. Ajinamoto dan garam(secukup rasa) Cara masak: 1. Masukkan bahan-bahan 1 hingga 5 ke dalam periuk. 2. Tuangkan 1 mangkuk air ke dalam periuk yang sama. Letakkan periuk di atas api yang sederhana. 3. Tunggu sehingga mendidih. Masukkan ajinamoto dan garam secukup rasa. 4. Hidangkan.

Bubur Kacang Hijau-resepi

Image
                                  Foto dari sumber MStar Bubur Kacang Hijau Bahan: 1 kg      Kacang hijau 1 camt. Garam 45 gm   Gula 750ml   Santan 30 gm   Sagu 2 helai  Daun pandan Cara memasak: 1.  Rebus kacang hijau sehingga separa empuk. 2.  Masukkan gula, sagu, garam, santan dan daun pandan. 3.  Masak sehingga sagu kembang dengan api yang sederhana. 4.  Sedia untuk dihidangkan.

Sayur Pak Choy sos tiram

Image
       Foto dari sumber Chenom        Pak Choy sos tiram- Bahan- 5 pokok sayur pak choy Sedikit garam   Bahan sos- 3-4 sudu besar sos tiram 8 ulas bawang putih (cincang halus) 1 cm halia (cincang halus) Sedikit serbuk pati ayam 1 sudu the tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)   Bahan hiasan- Sedikit bawang goreng Hirisan cili padi     Cara memasak: 1.      Panaskan air dengan sedikit garam sehingga mendidih, celur sayur pak choy sebentar hingga layu.   Kemudian angkat dan tapiskan. 2.      Masukkan sayur ke dalam kiub ais untuk menghentikan proses memasak dan bagi mengekalkan hijau sayur. 3.      Tapis sayur dan kemudian susun di atas pinggan. 4.      Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuninggan dan naik bau. 5.      Masukkan sos tiram, pati ayam dan air sedikit. N Not...

Kobis Goreng Mamak

Image
                                    Foto sumber dari majalah RASA KOBIS GORENG MAMAK Bahan-bahannya: (anggaran makan untuk 10 – 14 tetamu) 1 biji kobis – anggaran 1 kg 1 sudu besar pes halia bawang putih 3 ulas bawang putih – dihiris halus 3 ulas bawang kecil – dihiris halus 3 tangkai daun kari – dilurut daunnya ½ sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil serbuk lada putih 3 – 4 cili kering 2 biji cili hijau/merah - dihiris  Lobak merah - dihiris mancis   - Gula dan garam secukup rasa Minyak masak secukupnya Penyediaannya: 1. Bersihkan dan potong empat bahagian. Potong dan buang bahagian tengah. Buka sehelai ke sehelai dan bersihkan (rujuk cara membersihkannya pada no. 2 tip-tip masakan sayur kobis). Kemudian dipotong halus (lebar 4 – 5mm). Selepas dipotong, bersihkan sekali lagi dan toskan. ...

Beef ginger (Daging goreng Halia)

Image
                                     Foto dari sumber majalah RASA Bahan- 1 kg daging (bahagian topside) 2 sudu Kicap cair 1 sudu teh Lada sulah 10cm halia (dicincang halus) Gula dan garam secukupnya Minyak masak 2 sudu besar minyak bijan 1 sudu teh tepung jagung 1 paket cendawan (potong nipis) 1 biji cili benggala hijau (potong nipis memanjang) Bahan kuah Beef ginger- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) 1 1/2 sudu makan sos tiram (dibancuh dengan 6 sudu makan air) 5gm halia (dihiris nipis) 4 biji bawang merah  1 tangkai daun bawang sedikit serbuk lada hitam Cara memasak- 1. Hiris daging nipis. 2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia, gula, garam, minyak masak, minyak bijan dan tepung jagung. 3. Gaul daging dan sebatikan dengan semua bahan di atas, ketepikan. 4. Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit. 5. Masukkan daging dan goreng sebentar.  Angk...

Daging masak Hitam

Image
                                   Foto dari sumber internet BAHAN-BAHAN 1 Kilo daging 100 - 200gm gula merah(ikut kesesuaian) 4 camb. Kicap pekat karamel Bahan Kisar: 6 batang serai 1 inci lengkuas 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 30 tangkai cili kering 150 gm kismis hitam atau prune (direndam dahulu) BAHAN TUMIS 2 biji buah keras (diketuk) 1 batang kayu manis 1 kuntum buah pelaga 1 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 5 ulas   bawang merah (dimayang) 100 gm rempah kurma Minyak masak  30 gm kerisik sedikit air asam jawa CARA MEYEDIAKANNYA 1.Perapkan daging dengan kicap pekat dan gula merah selama setengah jam 2.Panaskan minyak tumis bahan tumis  hinggga naik bau,kemudian masukan bahan kisar hingga pecah minyak. 3.  Masukkan rempah kurma biar sehingga pecah minyak dan naik bau. 4.  Masukkan air asam j...