Sago gula Melaka
Sago gula melaka atau sago puding merupakan pencuci mulut yang agak popular bagi masyarakat Peranakan (Baba Nyonya). Gula Melaka boleh diperolehi di banyak kedai dan pasaraya di Malaysia. Walaubagaimanapun gula melaka yang asli hanya mudah untuk diperolehi di negeri Kelantan dan juga Melaka kerana di kedua negeri ini terdapat warga tempatan yang menghasilkan pembuatan gula asli ini secara tradisional. Sago Gula Melaka Bahan- 250gm sago Pewarna hijau 1 ketul gula melaka 1 helai daun pandan (disimpul) 1 tin susu cair Cara membuatnya- 1. Didihkan air dan masukkan sago. Masak sago sehingga sago berwarna kejernihan. Masak dengan api yang perlahan dan perlu selalu dikacau supaya sago tidak hangit dibahagian bawah. Setelah itu masukkan pewarna dan kacau rata. 2. Untuk menyediakan sirap gula melaka. Masak gula melaka dengan air secukunya dan daun pandan dengan menggunakan api yang sederhana. Masak sehingga gula melaka hancur sepe...