Posts

Showing posts from 2025

Bubur Kacang Hijau-resepi

Image
                                  Foto dari sumber MStar Bubur Kacang Hijau Bahan: 1 kg      Kacang hijau 1 camt. Garam 45 gm   Gula 750ml   Santan 30 gm   Sagu 2 helai  Daun pandan Cara memasak: 1.  Rebus kacang hijau sehingga separa empuk. 2.  Masukkan gula, sagu, garam, santan dan daun pandan. 3.  Masak sehingga sagu kembang dengan api yang sederhana. 4.  Sedia untuk dihidangkan.

Sayur Pak Choy sos tiram

Image
       Foto dari sumber Chenom        Pak Choy sos tiram- Bahan- 5 pokok sayur pak choy Sedikit garam   Bahan sos- 3-4 sudu besar sos tiram 8 ulas bawang putih (cincang halus) 1 cm halia (cincang halus) Sedikit serbuk pati ayam 1 sudu the tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)   Bahan hiasan- Sedikit bawang goreng Hirisan cili padi     Cara memasak: 1.      Panaskan air dengan sedikit garam sehingga mendidih, celur sayur pak choy sebentar hingga layu.   Kemudian angkat dan tapiskan. 2.      Masukkan sayur ke dalam kiub ais untuk menghentikan proses memasak dan bagi mengekalkan hijau sayur. 3.      Tapis sayur dan kemudian susun di atas pinggan. 4.      Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuninggan dan naik bau. 5.      Masukkan sos tiram, pati ayam dan air sedikit. N Not...

Kobis Goreng Mamak

Image
                                    Foto sumber dari majalah RASA KOBIS GORENG MAMAK Bahan-bahannya: (anggaran makan untuk 10 – 14 tetamu) 1 biji kobis – anggaran 1 kg 1 sudu besar pes halia bawang putih 3 ulas bawang putih – dihiris halus 3 ulas bawang kecil – dihiris halus 3 tangkai daun kari – dilurut daunnya ½ sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil biji sawi 1 sudu kecil serbuk lada putih 3 – 4 cili kering 2 biji cili hijau/merah - dihiris  Lobak merah - dihiris mancis   - Gula dan garam secukup rasa Minyak masak secukupnya Penyediaannya: 1. Bersihkan dan potong empat bahagian. Potong dan buang bahagian tengah. Buka sehelai ke sehelai dan bersihkan (rujuk cara membersihkannya pada no. 2 tip-tip masakan sayur kobis). Kemudian dipotong halus (lebar 4 – 5mm). Selepas dipotong, bersihkan sekali lagi dan toskan. ...

Beef ginger (Daging goreng Halia)

Image
                                     Foto dari sumber majalah RASA Bahan- 1 kg daging (bahagian topside) 2 sudu Kicap cair 1 sudu teh Lada sulah 10cm halia (dicincang halus) Gula dan garam secukupnya Minyak masak 2 sudu besar minyak bijan 1 sudu teh tepung jagung 1 paket cendawan (potong nipis) 1 biji cili benggala hijau (potong nipis memanjang) Bahan kuah Beef ginger- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) 1 1/2 sudu makan sos tiram (dibancuh dengan 6 sudu makan air) 5gm halia (dihiris nipis) 4 biji bawang merah  1 tangkai daun bawang sedikit serbuk lada hitam Cara memasak- 1. Hiris daging nipis. 2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia, gula, garam, minyak masak, minyak bijan dan tepung jagung. 3. Gaul daging dan sebatikan dengan semua bahan di atas, ketepikan. 4. Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit. 5. Masukkan daging dan goreng sebentar.  Angk...

Daging masak Hitam

Image
                                   Foto dari sumber internet BAHAN-BAHAN 1 Kilo daging 100 - 200gm gula merah(ikut kesesuaian) 4 camb. Kicap pekat karamel Bahan Kisar: 6 batang serai 1 inci lengkuas 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 30 tangkai cili kering 150 gm kismis hitam atau prune (direndam dahulu) BAHAN TUMIS 2 biji buah keras (diketuk) 1 batang kayu manis 1 kuntum buah pelaga 1 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 5 ulas   bawang merah (dimayang) 100 gm rempah kurma Minyak masak  30 gm kerisik sedikit air asam jawa CARA MEYEDIAKANNYA 1.Perapkan daging dengan kicap pekat dan gula merah selama setengah jam 2.Panaskan minyak tumis bahan tumis  hinggga naik bau,kemudian masukan bahan kisar hingga pecah minyak. 3.  Masukkan rempah kurma biar sehingga pecah minyak dan naik bau. 4.  Masukkan air asam j...

ayam masak kacang gajus (Szechuan chicken cashew nut)

Image
     Foto dari sumber internet bahan2nya: 3 keping dada ayam (bahagian lain pun boleh kalau suka) 1 cawan tepung gandum 5 camb. serbuk penaik 1 camb. tepung jagung 3 biji telur 2 sudu besar kicap manis cap kipas udang 2 sudu sos tiram   segeggam biji gajus (cashewnuts) 10 batang cili kering (direndam, potong satu inci dan tos kering) 4 biji bawang putih diketuk 2 biji bawang besar dibelah empat dan dicerai-ceraikan dua inci halia muda (diris nipis nipis) 1 sudu besar tepung jagung beberapa titis minyak bijan minyak masak 1 cawan stok ayam 1 camt lada sulah 1 biji lada benggala (hijau) segenggam daun bawang (dipotong) Cara membuatnya:   Ayam dibersihkan, cuci dan potong dadu. jangan tebal sangat tapi pastikan semuanya sama saiz.   Campuran tepung dicelupkan pada ayam dan kemudian ayam yang telah bersalut tadi dicelupkan pula ke dalam telur dan disalut kembali dgn tepung.   panaskan kira-kira empat sudu besar min...

Ayam masak Perattal

Image
                         Bahan foto dari sumber internet Bahan- 1 ekor ayam (dipotong kecil) sedikit daun ketumbar (tiada pun tak apa) 2 1/2 sudu besar serbuk cili 2 sudu besar serbuk kari ayam dan daging 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit garam dan gula secukup rasa serbuk perasa 4 biji ubi kentang  200gm yogurt Bahan tumis- 5 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 1/2 sudu besar jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh biji ketumbar 3 batang cili kering 1 biji tomato (dipotong 4) 1 batang kulit kayu manis 1-2 batang daun kari Bahan kisar- 5 ulas bawang putih 2 cm halia 5 biji bawang merah Cara memasak - 1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. 2. Panaskan kuali dan masukkan bahan rempah 4 sekawan serta daun kari. 3. Masukkan bahan yang telah dikisar. 4. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak. 5. Masukkan ayam, kentang, yogurt dan serbuk kunyit. 6. Kacau sebati dan masukkan buah tomato. 7. Masu...

Sup wantan inti daging ayam

Image
        Sumber foto dari majalah RASA Resepi sup wantan inti daging ayam-   Bahan untuk wantan: 1 paket kulit wantan 200gm Isi Ayam/daging lembu - cincang 1 biji bawang besar (dicincang) 3 ulas bawang putih (dicincang) serbuk lada sulah 1/2 biji lobak merah (dicincang kecil) sedikit daun sup (dihiris halus) Bahan untuk sup- 1 biji lobak merah (dipotong mengikut saiz yang diingini) sedikit daun sup (dipotong halus) 2 biji cili merah (dihiris halus) Rempah penumis 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga) 4 biji Bawang merah dan   2 ulas putih - dihiris serbuk perasa garam dan gula secukupnya 2 inci halia (dipotong dan diketuk sedikit) minyak untuk menumis Minyak bijan sedikit tepung jagung 1 paket cendawan shitake  1 paket babycorn Bahan lain- bawang goreng telur Kway teow Cara: 1. Satukan isi ayam bersama karot, daun bawang dan cili merah. Gaul dan perasakan dgn bahan perasa. 3. Letakkan ...

Ikan siakap 3 rasa (Sweet Sour fish)

Image
Bahan- 1 ekor ikan siakap 1 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 camt jus limau nipis 5 biji cili merah 3 helai daun limau purut 2 biji tomato 1 inci halia 4 helai daun ketumbar 1/2 cawan sos ikan 1/2 cawan sos tomato 1/2 camt garam 1 camt gula 5-7 biji cili padi Cara memasak- 1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. 2. Dalam kuali yang berlainan masukkan sedikit minyak goreng ikan tadi dan tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia sehingga wangi. 3. Masukkan sos tomato dan sos ikan ke dalam bahan yang ditumis.  Kacau sebati. 4. Masukkan bahan selebihnya, bahan perasa, air  dan masak sekejap sekadar sebati bahan. 5. Masukkan ikan yang telah siap digoreng ke dalam pinggan hidangan dan tuangkan kuah di atas ikan tersebut. 

Rasam ketam

Image
Perkataan "rasam" diambil dari bahasa Sanskrit.  "Rasam" membawa maksud cecair atau "Juice" di dalam bahasa Sanskrit.  Berpandukan kepada Rasam yang dibuat di Selatan India, ia merupakan sejenis sup pedas yang dibuat dari tomato dan asam jawa, akan dimakan bersama nasi dan hidangan lain. Rasam merupakan sejenis sup atau hidangan berkuah yang kaya dengan rempah ratus.   Bahan- 1 kg ketam (dibersihkan dan dipotong dua) 2-3 ulas bawang putih 1 biji bawang merah (hiris) 2 biji tomato (potong dadu) 1 biji lobak merah (hiris bulat) 1 inci halia (hiris) 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh biji ketumbar 1/2 sudu teh serbuk kunyit 1/4 sudu teh serbuk lada hitam 1/4 cawan asam jawa (dibancuh dengan sedikit air) 4 - 5 tangkai cili kering (ikut suka) garam secukup rasa minyak masak untuk menumis 1 batang daun kari sedikit daun sup Cara membuatnya- 1. Tumis rempah dengan cara menumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi. Kemudian, ma...

Pecal

Image
Pecal adalah sajian yang terdiri daripada campuran sayuran yang pelbagai dan dimakan bersama kuah kacang, tempe, keropok, telur, nasi impit dan ubi kentang.  Sajian sihat ini merupakan sajian utama bagi masyarakat Jawa dan Banjar.  Namun tidak asing bagi masyarakat di Malaysia amnya.  Sajian enak ini sering dijamu ketika bulan puasa, namun agak sukar ditemui walau cara pembuatannya tidak terlalu sukar.  Istimewanya pecal kerana ia boleh di makan pada bila-bila sahaja tak kira sebagai sarapan, untuk digandingkan dengan nasi ketika makan tengahari, dibuat sebagai gandingan minum petang atau pun sebagai menu sihat makan malam.                                                                Gambar dari sumber internet Bahan-bahan untuk kuah pecal- 7 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm belacan (bakar) 10 biji ...

Kway teow sup bersama bebola ikan

Image
  Kuey Teow Sup Fishball Bahan-bahan yang diperlukan adalah: 1 ketul isi ayam + sedikit bahagian tulang atau kaki. (rebus dan carik halus isi ayam) 1 pek kuewtiau (dicelur sekejap dan toskan) 1 pek kecil fishball (dibelah dua). 1 pek kecil fishcake (dihiris nipis) 1 kiub pati ayam 2 ulas bawang putih (cincang halus) 2 biji bawang merah (dihiris halus) Bahan hiasan- 1 ikat sawi (dicelur) 1 paket fish cake (digoreng dan dihiris nipis) 100gm tauge (dicelur) sedikit daun sup bawang goreng Cara untuk membuatnya: 1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. 2. Masukkan air dalam periuk dan rebus isi ayam dan tulang sampai mendidih dan campurkan fishball dan fishcake kedalamnya. 3.Tambah garam secukup rasa atau masukkan 1 kiub pati ayami. Kacau dan tutup api. Siap. 4. Makan atau hidangkan dengan minyak bawang putih dan juga cili kicap. Bahan untuk minyak bawang putih- 10 ulas atau lebih bawang putih (cincang halus) minyak masak secukupnya Cara untuk membuat Minyak bawan...

Mee goreng mamak

Image
Mee goreng mamak- Hidangan masakan ini amat terkenal bgi masyarakat sebelah utara semenanjung terutamanya Pulau Pinang dan Kedah.  Keenakkan dan keunikkan rasa mee goreng mamak memang tiada taranya kerana cara memasaknya yang unik dengan campuran berbagai bahan dan sos buatan yang tersendiri. Antara bahan utama yang diperlukan bagi memasak mee mamak ini adalah mee kuning, telur, tauge, sawi, kucai, kentang, limau nipis dan cili kisar.  Bahan tambahan yang sering dimasukkan ke dalam hidangan mee mamak ini termasuklah kicap manis, kicap pekat, serbuk kari dan bahan perasa seperti garam dan gula. Bahan-bahan- 1/2 biji bawang besar (hiris nipis) 3 ulas bawang putih (hiris nipis) 2 sudu besar cili kisar 1 sudu besar serbuk kari daging 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 1 sudu besar kicap pekat 1 batang lobak merah (dihiris nipis dan bulat) 1/2 cawan air 1 bungkus mee kuning 2 biji telur ayam 1 biji tomato (dipotong 4) 1 cawan tauge 1/2 cawan air r...

Karipap ubi kentang

Image
  Bahan Kulit karipap: 2 cawan  tepung gandum 3 camb.  marjerin (dicairkan) 5 camb   minyak masak (dipanaskan sekejap) Sedikit air dan garam Bahan inti: 300 gm isi ayam (dipotong dadu kecil) 1 biji bawang holland (dipotong dadu kecil) 6-7 biji ubi kentang (dipotong dadu kecil) 3 ulas bawang putih (dicincang halus) 2 tangkai daun kari 3-4 sudu besar serbuk kari ayam/ daging (dibancuh dgn sedikit air) 1-2 sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 kiub pati ayam 1-2 sudu besar gula garam secukup rasa daun sup Cara membuat kulit karipap: 1.  Masukkan tepung gandum, tuangkan sedikit demi sedikit minyak masak, gaul sebati. 2.  Masukkan mentega yg telah dicairkan kedalam adunan tepung, uli sebati. 3.  Tambahkan sedikit air, uli hingga doh tidak melekat ditapak tangan. Cara membuat inti karipap: 4.  Untuk inti, masukkan semua bahan dan masak di atas api yang sederhana panas. 5.  Inti dimasak sehingga kuahnya kering sedikit.  K...

Jalebi

Image
  Jalebi merupakan antara kuih wajib yang akan dihidangkan ketika musim perayaan masyarakat India, selain dari muruku dan laddu.  Bentuk Jalaebi sama seperti muruku dan membezakannya Jalebi merupakan sejenis kuih yang manis. Jalebi berbentuk seperti muruku tetapi bersaiz lebih kecil, berwarna kuning keemasan dan bertekstur kenyal dan mempunyai rasa yang agak manis.  Jalebi digoreng dalam bentuk muruku atau pretzel bulat dan kemudiannya akan direndam sebentar di dalam air gula saffron dan kemudiannya dikeringkaan. Bahan-bahan untuk doh- 1 cawan tepung serbaguna/ tepung gandum 2 - 3 sudu besar tepung jagung 1/2 cawan air 1/4 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning secubit garam 1/2 cawan dadih/ yogurt 1/2 sudu teh baking soda 1 sudu besar minyak sapi (dicairkan) minyak untuk menggoreng Bahan untuk sirap gula- 1 cawan gula 1 sudu teh jus lemon 1 cubit safrron 1/2 cawan air/ air mawar 2-3 biji buah pelaga Cara memasak- 1. Campurkan tepung, serbuk penaik, minyak sapi, air, serbu...

Tangyuan

Image
Masakan bagi menu Tangyuan ini merupakan sejenis masakan makanan tradisi bagi masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.  Secara tradisinya, tangyuan ini dimakan ketika musim perayaan sambutan Yuanxiao atau lebih dikenali sebagai Chap Goh Meh.   Mengikut cerita sejarah, Tangyuan ini mempunyai beberapa nama yang digunapakai bagi merujuk kepada Tangyuan.  Antaranya ia dikenali sebagai "Yuanxiao" (merujuk kepada perayaan Chap Goh Meh); digunapakai di bahagian China Utara semasa era pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja Yongle.  "Yuanxiao" ini secara amnya membawa maksud "Selamat malam pertama", berdasarkan kepada "bulan purnama" pertama selepas "Tahun Baru Cina". Di China Selatan, Tangyuan ini dikenali sebagai "Tangtuan".  Mengikut kisah lama semasa pemerintahan Yuan Shikai (1912 - 1916), penduduk setempat tidak menyukai nama "Yuanxiao" kerana ia disebut sebagai "Yuan" atau "mengeluarkan yuan...

Daging masak hitam bersama sayur brokoli

Image
Gabungan masakan daging dan sayuran merupakan kombinasi sejenis hidangan yang lengkap dan amat mudah untuk disediakan selain dapat menjimatkan masa dari perlu menyediakan berbagai jenis hidangan bagi mendapatkan satu hidangan lengkap.  Masakan ini amat mudah untuk disediakan dan amat sesuai untuk dihidangan sebagai santapan keluarga kerana ia boleh dijamah oleh semua peringkat umur. Resepi- 1 ketul brokoli (sederhana besar) 1 biji bawang holland (dimayang halus) 2-3 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)2-4 sudu besar minyak masak bahan perasa garam, gula dan serbuk perasa 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air) 1 kg daging lembu (dipotong sederhana nipis) Bahan perapan- 3 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar minyak bijan 4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar) 1 inci halia (ditumbuk kasar atau dimayang halus) 2 sudu besar serbuk lada hitam Cara memasak- 1. Perap daging dengan bahan perapan selama 1 jam atau pun semalaman. 2. Panaskan minyak, mas...