Posts

Showing posts from 2020

Apom Lenggang

Image
Apom Lenggang- Bahan- 1 1/2 cwn tepung beras  1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 camt yis 4 - 5 camb. gula 1 cawan air 1 cawan santan pekat 1 biji telur secubit garam Bahan untuk dikisar halus- 3/4 cawan nasi sejuk 1 1/2 cawan air Cara memasaknya- Campurkan semua bahan di atas kecuali santan, Gaulkan sehingga sebati dan perapkan selama 2 - 3 jam sehingga adunan mengembang.  Atau boleh juga disimpan semalaman.  Bila hendak memasak, baru dimasukkan santan dan gaul sebati dengan adunan lain. Tapiskan adunan untuk memastikan tiada ketulan tepung yang tidak teradun sempurna. Panaskan non stick pan dan griskan dengan sedikit minyak.  Ambil 1 senduk adunan atau lebih (bergantung kepada saiz kuali) dan lenggangkan atau ratakan disemua permukaan kuali tersebut seperti membuat kuih ketayap.  Masak dengan api yang perlahan dan masak sehingga semua permukaan adunan kelihatan bertukar warna dan tepi adunan terangkat, serta kekuninggan.  Angkat dan bol...

Kerabu mangga bunga kantan

Image
Kerabu Mangga bunga kantan- Bahan- 3 biji buah mangga muda 1 batang bunga kantan 10 biji cili padi garam dan gula secukupnya 3 camb kerisik serbuk asam boi secukupnya Cara memasak- Cuci bersih mangga, dan bunga kantan.  Hiris halus buah mangga, bunga kantan dan cili padi.  Satukan dalam 1 bekas.  Campurkan gula, garam, kerisik dan asam boi, sebatikan dan perasakan.  Jika pedas boleh ditambah serbuk asam boi atau gula lagi.  Siap.

Ikan rebus Kelantan

Image
Ikan rebus Kelantan /Thailand Masakan ini mirip seperti masakan ikan lengat dikebanyakkan negeri yang terdapat di Malaysia.  Cuma bezanya berdasarkan bahan-bahan yang digunapakai untuk memasaknya.  Bahan-bahan yang digunapakai dalam masakan ini menyebabkan dari proses penyediaannya sahaja boleh membuatkan kita teruja untuk menikmatinya.  Ini kerana ketika merebus ikan ini bau bahan-bahan yang digunapakai sangat mengamit deria lapar, wangi dari daun limau purut dan gula kabung mengapung sudut dapur.  Istimewanya lagi setelah siap direbus, ikan ini boleh dimakan begitu saja sebagai lauk pelengkap nasi, ataupun boleh digoreng terlebih dahulu.  Manakala ikan rebusan yang lain, yang masih tersisa boleh disimpan dalam peti sejuk untuk digunapakai pada hari-hari seterusnya. Bahan- 15 ekor ikan kembung (atau sebarang jenis ikan yang tidak bersisik) 2 ketul gula melaka 6 batang serai 1-2 camb garam secukupnya 6 ulas bawang putih segengga...

Peknga kelapa

Image
  Peknga- Tepung gandum sedikit garam air secukupnya kelapa muda yang dihiris halus ataupun kelapa parut (bahagian putih sahaja) gula secukupnya Cara memasaknya- Campurkan tepung, garam, gula, kelapa dan air secukupnya.  Adunan jangan jadikan terlalu cair.  Sebatikan adunan.  Rehatkan 20 minit.  Panaskan non stick pan dengan api yang sederhana, sendukkan adunan dan ratakan ke dalam non stick pan tersebut, pastikan non stick pan diletak sedikit minyak masak ya.  Masak dalam anggaran 5 minit terbalikkan dan masak bahagian yang 1 lagi pula.  Pastikan kedua-dua permukaan peknga ini berwarna kecoklatan atau keperangan.

Bendi goreng biji sawi

Image
Bendi goreng biji sawi- Bahan- 10 batang bendi 2 ulas bawang merah 1 biji telur 1 biji cili merah 1 ulas bawang putih garam secukupnya sedikit biji sawi Cara memasak- Cuci bersih sayur bendi, potong menyerong, dan ketepikan.  Bawang merah, cili merah dan bawang putih dimayang halus.  Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur, jadikan telur hancur.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili, goreng sehingga separa masak, masukkan bendi kacau sebati.  Masak sehingga bendi kelihatan layu sedikit, masukkan bahan perasa dan garam serta biji sawi.  Masak lagi dalam 5 minit dan tutup api.

Telur mata goreng cili padi

Image
Telur mata goreng cili padi- Bahan- Beberapa biji telur 6 biji cili padi 1 biji bawang merah Sedikit lada hitam, bahan perasa, dan garam Cara memasak- Goreng telur mata separuh masak, ketepikan.  Bawang dan cili padi ditumbuk kasar.  Panaskan minyak sedikit dengan api yang sederhana.  Tumis bawang sehingga naik bau.  Masukkan bahan tambahan jika suka seperti ubi kentang, lobak merah dan kacang panjang.  Masak sehingga sayuran yang dimasukkan masak sehingga sempurna.  Masukkan telur, dan sebatikan dengan bahan-bahan lain.  Siap.

Kuih Gegetas

Image
Kuih Gegetas Ada tempat memanggil kuih ini sebagai kuih lidah, kuih gergad, kuih kertas.  Merupakan sejenis kuih tradisional yang semakin dilupakan.  Rasanya sebelum disira dengan gula, hampir sama dengan rasa kuih dangai, dan saya menyukai rasanya.  Teksturnya liat, manis dan rasa yang kaya dengan haruman kelapa.   Kuih ini dipercayai berasal dari kuih masyarakat Banjar dan mereka selalu membuatnya ketika bulan puasa. Di Sulawesi, Indonesia kuih ini dikenali dengan nama Sawalla atau Lasowalla.  Di negeri Kelantan ia dikenali dengan nama kuih badak, tapi dengan bentuk yang berbeza.  Saya sukakan rasa kuih ini tapi sebelum ia disira gula, bila disira gula.  Rasa manisnya menghilangkan rasa dan aroma kuih ini.  Si kecil saya yang agak cerewet makan pun sukakan kuih ini, dalam versi tidak disira gula. Bahan- 2 cawan tepung pulut 1 cawan tepung gandum 1/2 biji kelapa parut putih 1 camt. garam 1 cawan air Untuk sira gula- 1/2 ...

Kacang pool

Image
Kacang Pool Bahan untuk dimesin halus- 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 300gm daging lembu (cincang halus) 2 camb. rempah kari daging 1 tin kacang pool 1 tin red beans 1 camt lada hitam (tumbuk halus) 1 tin baked beans 1 camb. serbuk ketumbar 2 camb. minyak sapi gula dan garam secukupnya air secukupnya minyak untuk menumis Bahan lain- Limau kasturi (dipotong 2) Bawang holland (dipotong dadu kecil) Cili hijau (dipotong nipis) Roti (sebarang jenis) Tomato (didadu kecil) Minyak sapi dipanaskan hingga cair Cara memasak- Cuci bersih daging cincang dan kemudian toskan.  Ramaskan kacang pool hingga pecah sedikit.  Satukan serbuk ketumbar,rempah kari dan air sehingga menjadi pes. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan pes rempah sebatikan.  Gunakan api kecil ketika memasak, kacau sehingga naik minyak, kemudian masukkan daging cincang.  Masak lagi selama lebih kurang 10 mi...

Muar Chee

Image
Muar Chee Atau lebih dikenali dengan Muah Chee amat diminati oleh kaum cina.  Boleh diperolehi di pasar-pasar awam yang ada gerai makan cina atau dimana-mana saja gerai cina.  Mungkin mudah diperolehi sebab cara pembuatannya yang sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat sikit dan ringkas. Bahan: 200gm tepung pulut 225gm air 1camb. minyak masak (atau boleh guna minyak gorengan bawang untuk mendapatkan bau yang wangi) 1 camb. gula 1 camb tepung jagung sedikit garam Hiasan- Kacang tumbuk dan gula seccukupnya Cara memasaknya- Campurkan sahaja semua bahan.  Sebatikan dan kemudian kukus dengan api kuat selama 15 minit.  Sejukkan sebentar dan kemudian potong-potongkan (nak mudah gunakan sudu) dan digaulkan dengan kacang tumbuk dan gula.  Untuk me mastikan masakan ini sedap, pastikan kacang tumbuk tidak berbau tengit (selalu kalau beli siap, kadang-kadang akan ada bau tengit ini pada kacang tanah).  Nak sedap lagi bole...

Laksam

Image
Laksam Terengganu Bahan-bahannya untuk mi laksam 2 cawan tepung beras 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam ( air lebih kurang 3 cawan setengah lah, kalau pekat boleh boleh tambah air lagi, tekstur adunan seperti buat roti jala tu) Bahan lain untuk menghasilkan mi laksam: untuk 10 org makan 500gm tepung beras (tak kisah tepung jenama apapun) 2 camb. tepung gandum 8 cawan air suam 3 camb minyak masak Untuk Kuah Lemak Laksam 1/2 ekor ikan makarel@saba @ beberapa ekor ikan selayang@ikan kembung 2 inci halia 2 cawan santan sedikit belacan sedikit garam 1/2 biji bawang besar atau 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 sudu kecil serbuk lada hitam sedikit garam untuk sambal lada - 4 tangkai cili kering sedikit belacan yang di bakar sedikit untuk ulam ulaman 4 batang kacang buncis @ kacang panjang sedikit tauge sedikit hirisan timun sedikit hirisan kobis Cara-caranya Mula-mula campurkan bahan mi laksam di ...

Fruit Platter

Image
Fruit Platter   Ingredients –             Assorted fruits such as watermelon                 Starfruits                                                   Honeydew                 Strawberry                                                   Grapes         ...

Nei Urundai-

Image
Nei Urundai Bahan- 100gm minyak sapi 10gm badam 10gm gajus 10gm raisins 250gm tepung kacang hijau/ tepung gandum/ tepung Ghee Unundai 250gm gula pasir Cara memasak- Cairkan minyak sapi.  Masukkan kekacang yang telah dicincang kasar, masak hingga kekuningan dengan menggunkan api yang kecil.  Kemudian masukkan tepung, gula dan gaul rata sehingga menjadi doh yang sebati. Keluarkan doh, bulat-bulatkan semasa doh masih suam sebesar buah limau nipis.  Biar sejuk dalam suhu bilik.  Kuih ini tahan dalam simpanan hampir sebulan jika disimpan dalam bekas kedap udara.  Saya suka rasa kuih ini, macam rasa biskut suji, lemak minyak sapi diperkaya dengan bijian mewah sedap sangat rasanya.  Boleh buat time raya untuk dijamu, cara pembuatan dan bahan pun agak mudah.

Spaghetti Bolognese

Image
Spaghetti Bolognese Masakan tradisional dari Itali.  Berasal dari kawasan Bolona, Itali.  Spagetti ini merupakan ramuan pasta yang dimakan bersama dengan sos puri tomato dan diperkaya dengan ramuan cincangan daging.  Makanan ini digemari ramai kerana rasa masam daripada tomato dan kemanisan daripada cincangan halus daging. Bahan- 1 paket spagetti (rebus sehingga pasta menjadi lembut) 1 biji bawang holland 5 ulas bawang putih (dicincang halus) 1/2 bersamaan 250gm paket isi daging hancur Capsicum merah dan hijau Sedikit daun parsley 1 botol sos pasta mushroom 1 botol sos puree tomato Sedikit cili padi Sedikit blackpepper Sedikit air (untuk menjadikanm hidangan berkuah) Sedikit garam dan serbuk perasa Cara memasak- 1.  Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga layu. 2. Masukkan sos kacau sebati dan kemudiannya masukkan daging, spagetti dan sayuran. 3. Perasakan dan bolehlah dihidang dengan taburan cheese 4.  Spaget...

Almond Jelly

Image
Almond Jelly Bahan- 500ml susu sejat Ideal 200ml air 3 1/2 camb gula pasir 1 paket Jelly powder 3-4 titik esen badam Hiasan- 1 tin laici ceri merah buah-buahan Cara memasak- 1. Masukkan susu, air gula, dan serbuk jelly ke dlaam periuk.  Kacau rata di atas api yang sederhana sehingga mendidih. 2. Tutup api dan masukkan esen badam dan kemudian tuangkan ke dalam acuan. 3. Sejukkan adunan, bila telah mengeras adunan bolehlah dipotong dan dihidangkan bersama buahan-buahan.

Kheer

Image
Kheer juga dikenali sebagai payasam, payesh atau payasa merupakan puding nasi yang dimasak bersama susu segar dan selalunya dihidangkan sebagai pencuci mulut.  Kheer disediakan untuk hari perayaan, upacara keagamaan dan perayaan atau sebarang sambutan istimewa. Perkataan "Kheer" yang digunakan oleh masyarakat India diambil dari bahasa Sanskrit "Ksheeram" yang bermaksud susu.  Versi masakan popular menggunakan susu, beras, minyak sapi, gula, kulit kayu manis, buahan kering dan susu saffron. Kheer (Puding nasi) 250gm beras 750ml susu segar 125gm gula 2gm garam 30gm kismis sedikit esen vanila 2gm serbuk kayu manis 5gm buah pelaga 2gm serbuk buah pala Cara memasaknya- 1. Satukan susu segar, beras dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak.  Perlahankan api dan masukkan esen vanila dan kismis. 2. Masak sehingga nasi menjadi seperti bubur nasi yang pekat (tempoh masak 30-45 minit). 3. Setelah itu masukkan serbuk kayu...

Sago gula Melaka

Image
Sago gula melaka atau sago puding merupakan pencuci mulut yang agak popular bagi masyarakat Peranakan (Baba Nyonya).  Gula Melaka boleh diperolehi di banyak kedai dan pasaraya di  Malaysia.  Walaubagaimanapun gula melaka yang asli hanya mudah untuk diperolehi di negeri Kelantan dan juga Melaka kerana di kedua negeri ini terdapat warga tempatan yang menghasilkan pembuatan gula asli ini secara tradisional. Sago Gula Melaka Bahan- 250gm sago Pewarna hijau 1 ketul gula melaka 1 helai daun pandan (disimpul) 1 tin susu cair Cara membuatnya- 1. Didihkan air dan masukkan sago.  Masak sago sehingga sago berwarna kejernihan.  Masak dengan api yang perlahan dan perlu selalu dikacau supaya sago tidak hangit dibahagian bawah.  Setelah itu masukkan pewarna dan kacau rata. 2. Untuk menyediakan sirap gula melaka.  Masak gula melaka dengan air secukunya dan daun pandan dengan menggunakan api yang sederhana.  Masak sehingga gula melaka hancur sepe...

Ayam Tandoori

Image
Ayam Tandoori Bahan: 1 ekor ayam Bahan Kisar: 8 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 5 ulas bawang meah 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 50gm cili kering 1 camt. serbuk kari 1 camt. jintan putih 1 camt. ketumbar 1 camt. paprika 1 camb. jintan manis 2 camt. bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga sedikit kulit kayu manis 2 camb. yogurt 1 camt. dry mixed herb gula dan garam secukupnya Pewarna merah Cara measak: 1.  Bersihkan ayam, potong kepada 4 bahagian (atau terpulang kepada anda untuk memotongnya kepada beberapa bahagian. 2.  Sapukan bahan kisar rata dipermukaan ayam dan perapkan selama 1 jam atau lebih. 3.  Bakar dalam oven 180 0 C hingga masak anggaran 1 jam. 4.  Hidangkan panas-panas bersama salad dan timun.

Kuih Koci Labu

Image
Kuih Koci Labu Untuk Pastri-     150gm tepung pulut     150gm labu     santan cair/air (untuk menguli) Untuk Dadih-     3cawan santan pekat     2 sudu besar tepung beras     2 sudu besar tepung jagung     sedikit garam dan gula Untuk inti 1 biji kelapa parut (kelapa yang agak muda - guna yang putihnya sahaja) 1 1/2 cawan gula merah atau gula melaka 1/2 cawan gula putih 1/2 cawan kacang hijau (tak letak pun tak apa) 1 camb tepung gandum Daun pisang untuk membungkus Cara menyediakan dan memasak: 1.     Daun pisang - lap bersih. Potong anggaran 4" x 4". Selepas potong salai daun pisang. 2.     Untuk pastri –  Bersihkan labu. Rebus labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan labu dan uli  dengan  tepung pulut  (macam buat kuih koci biasa). 3.     Untuk inti –   Didih gula merah dengan ...

Asam gumpal

Image
Asam Gumpal -           Kuih Asam Guppa  -           samguppa -           saguppa Bahan untuk buat inti - 250 gram kacang hijau  1 keping gula Melaka 1/2 cawan gula pasir Air secukupnya  Cara memasak- 1.         Rebus kacang hijau bersama air sehingga empuk. 2.         Bila kacang dah hancur masukkan gula Melaka dan gula secukup manis dan sentiasa kacau dengan api perlahan sehingga sebati dan betul betul kering.  3.         B ila adunan sejuk bulat bulatkan inti kacang sebesar biji guli dan ketepikan. 4.         Inti yang terbaik ialah  inti yang tidak melekat di tangan sewaktu proses menggentelnya. 5.         Inti asam ...